Renung-renungkan

Kita mampu/sanggup membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang kita mahukan walaupun harganya mahal tetapi kegunaan/manfaatnya tidak ada/tidak diperlukan...Namun kita tidak mampu/sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang sangat kita perlukan dan memberi manfaat kepada kita tatkala kita susah dan memerlukan... Ramai antara kita mengambil mudah mengenainya dengan pelbagai alasan, namun bila perkara sudah berlaku baru rasa rugi dan menyesal sedangkan pada masa tersebut segalanya telah terlambat...

Rakan-Rakan Ku

My Blog List

Saturday, September 29, 2012

Ringkasan dan Rumusan Bajet 2013


  • Bonus 1 bulan setengah diberikan kepada penjawat awam. Setengah bulan sudah dibayar semasa hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Setengah bulan akan dibayar pada bulan Disember nanti dan setengah lagi pada bulan Januari 2013. Bagi pesara pula pemberian bonus juga diberikan sebanyak RM500.
  • Pelepasan cukai pendapatan bagi tabungan di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (PTPTN) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
  • Diskaun 20% bagi pinjamaan PTPTN jika selesaikan hutang tersebut sekaligus bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. Bagi yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual bermula 1 Oktober 2012, diskaun 10% setahun akan diberikan.
  • Pelepasan cukai pendapatan bagi pendidikan tinggi anak-anak dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 setahun.
  • Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan pra-universiti ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250.
  • Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang akan dibayar mulai Januari 2013.
  • Kadar cukai pendapatan individu diturunkan sebanyak 1% bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan. Sebagai contoh, mereka yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan mendapat penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang.
  • Bakal-bakal haji yang mencarum di KWSP dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Namun, ianya terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.
  • Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen per kg mulai 29 September 2012. So ini bermakna harga gula akan naik le sebanyak 20 sen.
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau BR1M 2.0 diberi lagi sebanyak RM500. Di samping itu ianya diperluaskan kepada individu bukang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Bagi yang bujang pemberian adalah sebanyak RM250. Ianya akan dibayar mulai awal tahun 20013.
  • Cukai keuntungan hartanah (RGPT) dinaikkan kepada 15% (sebelum ini 10%) bagi hartanah yang dijual dalam masa 2 tahun dan dinaikkan kepada 10% (sebelum ini 5%) bagi hartanah yang dijual dalam tempoh 2 hingga 5 tahun. So kalau jual hartanah selepas 5 tahun, tiada cukai yang dikenakan.
  • Skim Rumah Pertamaku, peningkatan had pendapatan peminjam perseorangan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan atau RM10,000 sebulan bagi pinjaman bersama suami isteri.
  • SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat sebanyak 21,000 unit pada tahun 2013. Harga rumah adalah RM65,000 dengan subsidi sebanyak RM20,000 serta subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak 2%.
  • Telefon pintar @smart phone bagi melayari internet bagi golongan belia. Rebat RM200 akan diberikan secara one-off, bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ianya tertakluk kepada belia yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun dan berpendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan ke bawah.
  • Wang proses bagi permohonan pinjaman perumahan penjawat awam ditetapkan pada kadar RM100 bagi setiap permohonan, tidak kira berapa jumlah permohonan. Sebelum ini caj adalah RM1 bagi setiap RM1,000 pinjaman bagi pinjaman pertama dan RM2 bagi pinjaman kedua.
  • Skim pelindungan insurans berkelompok kepada anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat. Perlindungan maksimum sehingga RM15,000 dan ianya memberi kemudahan kepada hampir 242,000 anggota tentera dan polis.
  • Bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang daripada 21 tahun serta tidak berpencen, sumbangan RM1,000 secara one-off diberi kepada mereka.
  • Menyelaras elaun khidmat bertugas daripada RM4 sejam bagi anggota biasa kepada RM6 sejam dan bagi pegawai naik from RM5.80 kepada RM7.80.
  • Bayaran insentif khas diberi kepada semua pegawai dan anggota ATM sebanyak RM200 sebulan.
  • Meningkatkan peluang kenaikan pangkat ATM melalui kaedah secara time-based bagi anggota prebat ke Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh 8 tahun dengan syarat-syarat serta prestasi yang memuaskan.
  • Pesara Kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun, pencen dinaikkan minimum RM720 kepada RM820. Pelarasan pencen ini akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Januari 2012.
  • Caj bayaran pemprosesan pasport dikurangkan sebanyak 50% iaitu daripada RM300 to RM150 untuk pasport yang sah laku 5 tahun, bagi yang 2 tahun pula dikurangkan kepada RM80. Kanak-kanak di bawah 12 tahun pun dapat juga. Kadar ini bermula Januari 2013.


Sumber: ringkasan bajet 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...