Alhamdulillah...
Kerana masih berkesempatan menyambut Ramadhan pada tahun ini, Semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Rasanya macam baru ja sambut Ramadhan tahun lepas, dah tiba Ramadhan untuk tahun ni...
Bila ingat Ramadhan tahun lepas, banyak suka-dukanya...praktikal kena dalam buan puasa...
Sehari sebelum puasa, Wanie habis ja kerja(Praktikal), terus siap2 nak balik SP naik bas. Hari tu hari Khamis, kat Kedah Gov balik awal hari Khamis, 3.30 tapi Wanie balik pukul 4.00. 5 lebih dah siap tunggu bas depan rumah sewa dengan kawan yang sama2 paktikal... pukul 6 lebih baru ada bas lalu tapi bas tu tak nak berhenti sebab dah penuh, bas tu pulak memang bas last yang direct dari Alor Setar >> Kuala Kedah >> Yan >> SP... dah jadi satu masalah kat situ, kena lintas jalan tunggu bas ke Alor Setar sebab Wanie dengan kawan dekat Kuala Kedah.. Dekat pukul 7 baru ada bas, sebelum tu punya la banyak bas yang lalu Kuala Kedah >< Shahab Perdana // Pekan Rabu (Alor Setar), boleh kata tak sampai setengah jam bas lalu.
Dah naik bas, turun kat Pekan Rabu kononnya nak cepat sebab bas dari stesen akan lalu situ... lebih kurang setengah jam, ada bas sampai tapi tak berhenti jugak sebab dah penuh. Wanie dengan kawan dah gelabah sebab hari dah nak gelap, kami nie perempuan... Terus telefon kat mak, mak cakap adik Wanie dah naik bas kat stesen Shahab Perdana, katanya kat stesen pun ramai lagi yang tak dapat naik bas. Try call stesen keretapi pulak, penuh jugak.
Naik bas lain pulak yang tuju ke stesen dengan harapan boleh naik bas kat stesen. Sampai stesen punya la ramai orang, pak cik kat kaunter tu cakap tinggal sebiji ja lagi bas yang akan ke Sungai Petani. Wanie dengan kawan tengok dengan keadaan orang yang ramai nak ke SP memang tipis la harapan nak dapat naik bas tu. Dalam dok pusing2 kat stesen bas tu, jumpa pulak kawan lama yang nak balik SP jugak.
Lepas tu Wanie telefon mak Wanie lagi, tanya macam mana...Wanie mmg update setiap yang berlaku kat mak Wanie. Mak Wanie cakap ayah suruh naik bas balik pi rumah sewa nanti dia pi ambik kat sana tapi kami bertiga dah letih naik turun bas. Wanie cakap kami tunggu kat kedai makan yang ada kat stesen bas tu dan ayah Wanie kena datang ambik jugak...
Dekat pukul 10 baru ayah Wanie sampai dan terus balik SP...Kawan Wanie yang praktikal sekali tu adik dia ambik kat rumah tol, yang kawan lama tu pulak hantar balik rumah sebab rumah dia dekat ja dengan rumah Wanie. Masa on the way balik SP tu mak Wani cakap nasib depa keluar awal sikit sebab lepas depa lalu satu tempat tu, nampak ada sebuah kereta yang terbakar melalui side mirror... kalau lambat sikit ja, mesti tersangkut kat situ tak boleh nak lalu...
Tahun lepas, Ramadhan pertama Wanie dengan adik hanya sempat sahur ja kat rumah, berbuka kat rumah sewa dan adik kat asrama...
Tahun nie Alhamdulillah dan InsyaAllah kami sekeluarga dapat bersahur, berpuasa, dan berbuka bersama sepanjang bulan Ramadhan tahun nie setelah 4 tahun tak dapat bersama2 macam sebelumnya... Tahun depan belum tentu lagi.