Renung-renungkan

Kita mampu/sanggup membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang kita mahukan walaupun harganya mahal tetapi kegunaan/manfaatnya tidak ada/tidak diperlukan...Namun kita tidak mampu/sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang sangat kita perlukan dan memberi manfaat kepada kita tatkala kita susah dan memerlukan... Ramai antara kita mengambil mudah mengenainya dengan pelbagai alasan, namun bila perkara sudah berlaku baru rasa rugi dan menyesal sedangkan pada masa tersebut segalanya telah terlambat...

Rakan-Rakan Ku

My Blog List

Monday, June 9, 2014

Misi Mencari Kerja

Assalamua'laikum
Haaaiiii

Hhuurrrrmmmm
Sibuk betol 2 3 ari nie, banyak jemputan kenduri. Ada majlis pertunangan, majlis perkahwinan, pastu menyibok skali ikut family pergi merisik untuk abang sepupu. Majlis pertunangan tu plak, majlis best friend masa tingkatan 6 dulu...Tahniah Intan...

Cadar pun dah siap jahit. gambar kemudian la yerrr. Sibuk sibuk pun dapat jugak curi masa untuk siapkan cadar dan 2 sarong bantal.

Sekarang nie, semua dah selesai **harap esok dah tak ada agenda lain**, misi yang perlu diteruskan secepat yang mungkin ialah MENCARI KERJA...!!! Tak sanggup jadi penganggur lama2 sebab puasa dan raya pun dah dekat. Confem la banyak nak pakai duit kan.

NOW...!!! Time to sleep, esok sambung lagi cari kerja.

P/s : Doakan Wanie dapat kerja secepat yang mungkin. Kalau boleh nak cari area Kedah/Penang.

Thursday, June 5, 2014

Agenda bergelar penganggur semula

Semua penghuni dalam rumah ni dah pun tidoq, Wanie sorang ja dok lip pok lip pok mata nie tak boleh nak tidoq lagi. Esok confem susah nak bangun. Inilah yang terjadibila dah bergelar "penanam anggur berjaya" balik. Dah elok2 keja, pi resign. Kan dah jadi "burung hantu" siang tidoq malam berjaga.

Harap2 esok boleh la bangun awai sebab banyak agenda yang nak diselesaikan sebelom dapat kerja lain.
**Macam senang ja nak dapat keja time2 macam ni**

Antara agenda esok nak potong kain buat baju kurung untuk baju raya (harap2 ingat lagi la nak buat baju sebab dah lama tak buat baju), nak potong kain untuk buat cadar (first time nak try buat, harap2 jadi la), pastu nak hantar jahit tepi, balik tu nak jahit cadar dulu. Nanti dah siap cadar baru proceed untuk baju kurung sebab baju lambat lagi nak pakai. Nak buat Kek Batik Cheese pun esok jugak. Barang2 dah  beli petang tadi.

Tu tak termasuk agenda mak dengan adik lagi. Kalau masuk skali agenda dorang, agenda yang plan kat atas tu mesti akan terendala... huhuhuhu


Wednesday, June 4, 2014

Berkurun Lamanya

Assalamua'lakum
haiii

Berkurun lama sungguh blog ni tak dibuka dan tak diupdate. Sibuk dengan kerja plus tak ada laptop. Biasalah...hidup di perantauan. Sekarang ni dah resign, dah balik duduk dengan family, soooo bolehlah berbloging macam dulu-dulu balik.

Plan-plan nak buat bisnes, tapi tak tau la jual apa.

Agak-agak kalau nak jual Kek Batik Cheese ada tak orang nak beli yerrr...

hurmmm...

mood: nak cari duit raya + bayar kereta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...