Renung-renungkan

Kita mampu/sanggup membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang kita mahukan walaupun harganya mahal tetapi kegunaan/manfaatnya tidak ada/tidak diperlukan...Namun kita tidak mampu/sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang sangat kita perlukan dan memberi manfaat kepada kita tatkala kita susah dan memerlukan... Ramai antara kita mengambil mudah mengenainya dengan pelbagai alasan, namun bila perkara sudah berlaku baru rasa rugi dan menyesal sedangkan pada masa tersebut segalanya telah terlambat...

Rakan-Rakan Ku

My Blog List

Sunday, December 30, 2012

Kesan Klorin dalam Air Paip

Assalamua'laikum
Hhhhaaaaiiiiii

Berdasarkan tajuk entry Wanie kali nie bukan lah merujuk kepada umum atau pun berdasarkan kajian yang telah dibuat tetapi apa yang terjadi kepada Wanie sendiri sahaja.

Kalau reader nak cakap yang Wanie berlagak sebab tak minum air paip pun Wanie tak kisah. Sebenarnya, bukan Wanie langsung rak minum air paip, cuma kalau boleh elak Wanie akan cuba elakkan. Bukan apa, kadang-kadang kandungan klorin air paip kuat sangat, sampai ada bau. Wanie meman tak tahan bau klorin dalam air paip tu.

Kalau Wanie cakap Wanie tak minum air paip tipu la kan...sebab kat kedai memang orang guna air paip, air kat pasar malam pun guna air paip jugak tambahan pulak sekarang ni kan musim kenduri, memang susah la nak jumpa air yang dimasak ataupun air tapis sebab diorang kan bancuh dalam kuantiti yang banyak, tak sempat dah nak tapis ataupun masak dulu.

Siang tadi (29/12/012) Wanie ada attend satu kenduri rumah kawan ayah Wanie kat Alor Setar. Sampai pulak time panas terik, memang dok nampak air sirap dia ja la tapi tak da la sampai minum berdiri kan. Lepas ambil makanan dan air sirap tu, duduk ja terus minum sebab dahaga sangat. Lepas minum ja air terus hilang selera nak makan, bau klorin dalam air tu kuat sangat. Sudah ja makan, minum jugak la baki air tu lepas makan, terus rasa sakit tekak. Lepas tu terus mintak tolong orang katering tu ambikkan air mineral botol, minum pun dok sakit jugak.

Malam nie pulak asyik bersin ja, tekak still sakit lagi. Tak selesa rasa dalam tekak. Hidung pun dah berair dan mata + pernafasan rasa panas ja. Macam nak demam ja...

Sebab tu la Wanie tak kisah kalau orang nak kata Wanie berlagak sebab kalau boleh tak nak minum air paip, bila minum jugak jadi macam ni la...

Untuk pengetahuan semua, family Wanie memang tak minum air paip, tpi minum air yang digali dalam bukit. Setiap 2 minggu sekali mak + ayah Wanie akan pi amik kat TUPAH. (Bukan air yang orang dok mandi tu tau)... Pasal air tupah nie Wanie akan buat satu entry lain nanti.

Saturday, December 29, 2012

Jadual Perlawanan Liga Perdana (Kedah) 2013

Jadual Terbaru perlawanan Liga Perdana Kedah selepas Rombakan Jadual oleh FAM berkuatkuasa 27 Disember 2012.

Pusingan Pertama
1. Uitm FC vs Kedah - Stadium Hang Jebat - 08/01/2013
2. Kedah vs Pos Malaysia - Stadium Darulaman - 11/01/2013
3. PDRM vs Kedah - Stadium Hang Jebat - 14/01/2013
4. Kedah vs Johor - Stadium Darulaman - 18/01/2013
5. Sabah vs Kedah - Stadium Likas - 21/01/2013
6. Kedah vs Perlis - Stadium Darulaman - 15/02/2013
7. KL SPA vs Kedah - Stadium Uitm - 18/02/2013
8. Kedah vs Sime Darby - Stadium Darulaman - 22/01/2013
9. NS Betaria vs Kedah - Stadium Hang Tuah - 01/03/2013
10. Kedah vs Kuala Lumpur - Stadium Darulaman - 08/03/2013
11. Sarawak vs Kedah - Stadium Negeri - 29/03/2013

Pusingan Kedua
1. Kedah vs Sarawak - Stadium Darulaman - 12/04/2013
2. Kedah vs Uitm FC - Stadium Darulaman - 19/04/2013
3. Pos Malaysia vs Kedah - Stadium Selayang - 26/04/2013
4. Kedah vs PDRM - Stadium Darulaman - 03/05/2013
5. Johor vs Kedah - Stadium Pasir Gudang - 06/05/2013
6. Kedah vs Sabah - Stadium Darulaman - 10/05/2013
7. Perlis vs Kedah - Stadium Utama - 13/05/2013
8. Kedah vs KL SPA - Stadium Darulaman - 17/05/2013
9. Sime Darby vs Kedah - Stadium Selayang - 21/06/2013
10. Kedah vs NS Betaria - Stadium Darulaman - 24/06/2013
11. KL vs Kedah - Stadium Cheras - 05/07/2012


SUMBER: Facebook Hijaukuning.com

Thursday, December 27, 2012

Laptop Rosak, Malas Update

Assalamua'laikum
Haaaaiiiii

dah lama kan wanie tak update blog nie
wani bukannya dah tak berminat nak berblogging,tapi sebab laptop kesayangan wani tu dah rosak.
Nak repair mahal sangat, nak beli baru duit belum ada, almaklumla....wanie ni belum kerja lagi, penanam anggur la katakan..

Laptop wanie dah lama dah rosak, dah la masa tu wani tengah dok rushing siapkan thesis, macam2 dugaan la masa tu, terpaksa la guna laptop yang ayah wanie dok guna...

dah hampir 6 bulan jugak la aptop wani tu rosak.

Bila guna netbook nie, wani dah jadi malas nak berblogging sebab agak slow kelajuan laptop nie, nak bukak apa pun lambat, screen pun kecik, BT pun tak boleh guna nak BT gambar.

tapi sebab sekarang nie wani dah jadi penanam anggur a.k.a. penganggur, tak tau nak buat apa, jadi boring pulak duduk kat umah ja, jadi nak aktif la balik berblogging...

InsyaAllah, wanie akan mula lawat blog-blog lain dalam masa yang terdekat nie...


Saturday, September 29, 2012

Ringkasan dan Rumusan Bajet 2013


  • Bonus 1 bulan setengah diberikan kepada penjawat awam. Setengah bulan sudah dibayar semasa hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Setengah bulan akan dibayar pada bulan Disember nanti dan setengah lagi pada bulan Januari 2013. Bagi pesara pula pemberian bonus juga diberikan sebanyak RM500.
  • Pelepasan cukai pendapatan bagi tabungan di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (PTPTN) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
  • Diskaun 20% bagi pinjamaan PTPTN jika selesaikan hutang tersebut sekaligus bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. Bagi yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual bermula 1 Oktober 2012, diskaun 10% setahun akan diberikan.
  • Pelepasan cukai pendapatan bagi pendidikan tinggi anak-anak dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 setahun.
  • Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan pra-universiti ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250.
  • Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang akan dibayar mulai Januari 2013.
  • Kadar cukai pendapatan individu diturunkan sebanyak 1% bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan. Sebagai contoh, mereka yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan mendapat penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang.
  • Bakal-bakal haji yang mencarum di KWSP dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Namun, ianya terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.
  • Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen per kg mulai 29 September 2012. So ini bermakna harga gula akan naik le sebanyak 20 sen.
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau BR1M 2.0 diberi lagi sebanyak RM500. Di samping itu ianya diperluaskan kepada individu bukang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Bagi yang bujang pemberian adalah sebanyak RM250. Ianya akan dibayar mulai awal tahun 20013.
  • Cukai keuntungan hartanah (RGPT) dinaikkan kepada 15% (sebelum ini 10%) bagi hartanah yang dijual dalam masa 2 tahun dan dinaikkan kepada 10% (sebelum ini 5%) bagi hartanah yang dijual dalam tempoh 2 hingga 5 tahun. So kalau jual hartanah selepas 5 tahun, tiada cukai yang dikenakan.
  • Skim Rumah Pertamaku, peningkatan had pendapatan peminjam perseorangan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan atau RM10,000 sebulan bagi pinjaman bersama suami isteri.
  • SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat sebanyak 21,000 unit pada tahun 2013. Harga rumah adalah RM65,000 dengan subsidi sebanyak RM20,000 serta subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak 2%.
  • Telefon pintar @smart phone bagi melayari internet bagi golongan belia. Rebat RM200 akan diberikan secara one-off, bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ianya tertakluk kepada belia yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun dan berpendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan ke bawah.
  • Wang proses bagi permohonan pinjaman perumahan penjawat awam ditetapkan pada kadar RM100 bagi setiap permohonan, tidak kira berapa jumlah permohonan. Sebelum ini caj adalah RM1 bagi setiap RM1,000 pinjaman bagi pinjaman pertama dan RM2 bagi pinjaman kedua.
  • Skim pelindungan insurans berkelompok kepada anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat. Perlindungan maksimum sehingga RM15,000 dan ianya memberi kemudahan kepada hampir 242,000 anggota tentera dan polis.
  • Bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang daripada 21 tahun serta tidak berpencen, sumbangan RM1,000 secara one-off diberi kepada mereka.
  • Menyelaras elaun khidmat bertugas daripada RM4 sejam bagi anggota biasa kepada RM6 sejam dan bagi pegawai naik from RM5.80 kepada RM7.80.
  • Bayaran insentif khas diberi kepada semua pegawai dan anggota ATM sebanyak RM200 sebulan.
  • Meningkatkan peluang kenaikan pangkat ATM melalui kaedah secara time-based bagi anggota prebat ke Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh 8 tahun dengan syarat-syarat serta prestasi yang memuaskan.
  • Pesara Kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun, pencen dinaikkan minimum RM720 kepada RM820. Pelarasan pencen ini akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Januari 2012.
  • Caj bayaran pemprosesan pasport dikurangkan sebanyak 50% iaitu daripada RM300 to RM150 untuk pasport yang sah laku 5 tahun, bagi yang 2 tahun pula dikurangkan kepada RM80. Kanak-kanak di bawah 12 tahun pun dapat juga. Kadar ini bermula Januari 2013.


Sumber: ringkasan bajet 2013

Tuesday, August 21, 2012

Rayaku + Familyku

Assalamua'laikum
haiiiii

Pertama sekali wani nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA aIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
kepada semua reader yang membaca blog wani nie
walaupun dah masuk raya ketiga

lambat sikit sebab biasa la kan...sibuk beraya sakan
raya puas2 **walaupun tak berapa nak puas 
sebab hari nie dah masuk keja

Pagi lepas balik solat sunat hari raya, sebelum balik rumah wan kat kampung
bergambaq la dulu, jarang dapat bergambaq semua ramai2 walaupun family wani tak ramai mana pun...


**family wani + sepupu yg duduk rumah sebelah ngan anak dia

** yang nie wani dengan adik bongsu (lelaki) dan adik bawah wani (perempuan)

gambar2 lain dalam entry lain pulak nanti yer...


p/s:: office lengang ja hari nie, story pun tak banyak

Thursday, August 9, 2012

MooD Wartawan Baru Sampai

Assalamua'laikum....
Haaaaiiiii

dah lama sangat wani tak update
sebabnya, sekarang nie wani sibuk sikit dengan praktikal wani, balik rumah sewa pulak tak ada internet & tak boleh nak online, online pun kat office ja

kerja wani pulak banyak buat kerja luar sekarang nie
dah sebulan wani pratikal kat sini sebagai wartawan
best sangat4x
semua orang ok kat sini
banyak benda baru yang wani belajar kat sini
dan dapat aplikasikan apa yang wani belajar masa kat universiti dulu

dah sebulan praktikal, baru wani rasa nak teruskan kerjaya wani dalam bidang nie untuk masa depan
sebelum nie wani rasa macam kena paksa ja masuk dalam bidang kewartawanan nie

Doakan wani untuk terus minat dalam bidang nie dan dapat kerja tetap nanti dalam bidang nie

ok la...
nak sambung buat kerja pulak...

Thursday, May 31, 2012

Rumah untuk Dijual

RUMAH UNTUK DIJUAL!!!!

BERDEKATAN DENGAN:
BANDAR
KLINIK KESIHATAN
SEKOLAH RENDAH
SEKOLAH MENENGAH
ANTARA SUSUR KELUAR LEBUH RAYA SP(S) DAN SP(U)
BERDEKATAN DENGAN JALAN LENCONGAN BARAT

RUMAH TERAS KOS RENDAH
KAWASAN: SUNGAI PETANI
HARGA: RM65RIBU (boleh runding)
RUMAH ADA TANAH BELAKANG

JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI
wani_5764@yahoo.com


**maaf gambar tidak dapat dipaparkan

Saturday, May 26, 2012

MooD : Siapkan Thesis

Assalamualaikum
HHaaaiiii

Rasanya dah banyak kali kan Wani asyik post pasal thesis nie
buat pun tak siap-siap jugak lagi
nieh la assignment yang paling malas Wani nak buat
tapi apakan daya nieh WAJIB kena buat
kalau tak buat or tak siapkan nanti tak boleh nak grad pulak kan...

OK lah...
Target Wani untuk hari nie,
mesti siapkan thesis pada malam ini jugak...!!!!!!!
esok kena tunjuk kat penyelia thesis Wani tu..
final date kalau tak mau gagal..
huhuhu

Friday, May 25, 2012

Macam Mana Nak Unfollow Blog yg Dah Tak Aktif....???????

Assalamua'laikum
Haiiii

Hmmmm...
Dah banyak kali dan dah banyak cara Wani try buat tapi tak berjaya,
Ada banyak jugak blog yang Wani follow sekarang nieh dah tak aktif,
So Wani nak unfollow la blog-blog tersebut tapi tak tau caranya macam mana,
Ada jugak yang link/url blog tu yang dah tak ada lagi...

Ada sesapa kat sini yang boleh tolong Wani tak...?????
Sangat-sangat memerlukan bantuan anda semua...


Minggu Terakhir Ke Kelas

Hmmmm


Rasanya macam baru ja daftar masuk universiti, alih-alih minggu depan adalah minggu terakhir Wani ke kelas. Kawan-kawan pulak ramai yang dah habis kelas minggu nie lagi, tapi wani masih ada kelas untuk minggu depan. Wani tak kisah sangat sebab lepas nie tak payah ke kelas dah.


Syok, sedih semua campur sekali. Nanti mesti rindu time belajar kat sini lagi... huhuhu


Lepas tu ada seminggu masa untuk study dan bermulalah exam untuk yang terakhir kalinya. Jadual exam untuk semester yang terakhir nie sangatlah senggang, banyak sangat gap nya...


08/06/2012 = Sains Pemikiran & Etika
16/06/2012 = Business and Professional Communication
20/06/2012 = Komunikasi Siber
26/08/2012 = Seminar Kewartawanan Elektronik
28/06/2012 = Pengurusan Kewartawanan Elektronik


kalau masih tak cukup masa nak study tak tau la nak cakap apa lagi...

My New Academic Blog

Assalamua'laikum
Haiii

Sebagai memenuhi syarat tugasan pada semester yang terakhir nie, Wani perlu buat satu blog baru untuk tujuan akademik yang berkaitan dengan dunia kewartawanan elektronik untuk subjek Seminar Kewartawanan Elektronik...

Kalau ada yang rajin jemputla ke blog baru Wani nie ya


klik pada gambar untuk ke blog tersebut



.............................................................................................................Waniey Syazwani

Tuesday, May 22, 2012

Tempat Praktikal

Assalamua'laikum
Hai

Semalam dapat call dari CUIC cakap dorang dah dapat surat pengesahan penerimaan dari RTM untuk Wani praktikal kat sana,
Kat BH pun Wani mintak jugak tapi tak dapat jawapan lagi
Secara jujur Wani memang tunggu jawapan dari BH bukan RTM tapi RTM bagi jawapan terima dulu
Wani terima ja la
Nak praktikal pun tinggal sebulan lebih ja
Kalau tolak yang nie, kang BH pun tak dapat merana la Wani....
**Tak mau sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran pulak kan....

Walau apa pun Wani tetap bersyukur sebab dah dapat tempat untuk praktikal bulan Julai nanti

maklumat praktikal



******************************************************
waniey syazwani

Tuesday, April 24, 2012

Kena Buat Semula

assalamua'laikum
&
haiii

selasa adalah hari yang paling streesssss bagi wani,
sebabnya....

hari selasa kelas wani direct 6 jam 
hari lain 1jam30 minit kelas reat 3 jam pastu beru ada kelas pulak
dah la kena bangun awal pagi

hari nie ada yang menambahkan lagi stress wani
assignment yang wani buat sebelum nie
kena buat balik
dah la susah nak cari point, nak cari isu, nak kena kait tajuk dengan isu lagi...
alih2 isu yang wani buat tak boleh pakai pulak...
huhuhu

nak kena cari isu lain la pulak...
dah la kena siapkan secepat yang mungkin
sebab
ada lagi asignment lain yang menunggu

THESIS pulak lepas nie
yang nie pun bukan sekali mesti tak terima,
kena buat banyak kali jugak

.......................................................................................
waniey syazwani

Wednesday, April 11, 2012

Segmen Blogwalking & Tambah Followers Oleh Lisa

Assalamua'laikum
&
haaaiiii

jom join segmen nie jugak...


tarikh tutup : 18 Mei 2012



Sunday, April 1, 2012

Kebuntuan Minda Dah...

Asslamua'laikun
&
haii

Entry kali nie wani tak mau cakap banyak
serabut minda dan otak dah
sebabnya...
*
*
*
dah lebih seminggu wani buat assignment nie
tapi tak siap-siap jugak
kawan wani yang nak edit dah bising sebab wani tak hantar lagi
huhuhu
kesian dia dok tunggu wani

dah banyak bahan yang wani cari tapi tak jumpa-jumpa jugak
sedih ada, geram pun ada.
kalau tak sebab ada markah, memang wani tak buat dah la
ingat senang, rupa-rupanya susah
tak tau nak "goreng" apa lagi dah
jangan markah pun kena "goreng" dengan lecture sudah la....

nie la subjeknya...
tajuk pulak isu berkaitan agensi berita...
serabut betul la..

ok la...
nak sambung buat lagi..

:)

Friday, March 30, 2012

Berblogwalking

Assalamua'laikum
&
haiii

Hari nie wani rasa boring sangat, tak tau nak buat apa lepas balik dari jalan-jalan dengan kawan tadi.,
Lagi sekali kami buat kerja 'gila', pusing-pusing pekan Jitra pulak kali nie,
*ari tu alor setar
pegi naik bas ja jimat kos dan tak payah susah-susah cari parking.
Bukan beli apa-apa pun, just jalan-jalan ja..

Melalut pulak wani nie kan...
tajuk berblogwalking tapi cerita jalan tempat lain...

Lepas balik,
tak tau nak buat apa,
tengok leave komen kat shuotmix, agak banyak yang wani tak reply, 
so....
wani pun mulakan aktiviti berblogwalking yang dah lama wani tak buat...
best pulak rasanya,
banyak info yang wani dapat...

tadi blogwalking senarai kat shoutmix,
dah semua wani terjah balik,
lepas nie nak ke mana pulak yer....???
mungkin wani akan main terjah ja kot lepas nie...
kalau blog tu menarik, wani akan follow...
:)

hehehe...

Monday, March 26, 2012

Sudah Setahun Rupanya

Assalamualaikum...
Haiii..

Dah lama x berblogwalking
Sekarang nie wani agak sibuk, final sem, banyak projek dan assignment nak kena selesaikan,
Tempat untuk praktikal pun tak cari lagi nih,
CUIC plak call suruh cari sendiri...pening.......

Bukan wani tak buka blog nie, wani buka cuma tengok-tengok ja,
ada juga yang wani jalan-jalan baca entry ja,
nak buat entry baru agak kurang berkesempatan...

Beberapa hari lepas,
baru wani perasan yang blog wani nie dah lebih setahun,
teringin nak wat GA,
tapi nak kena fikir bajet dan hadiah yang nak diberikan dulu,
baru boleh buat GA kan...

Tapi...
Dah setahun pun wani masih lagi merangkak dalam berblogging nie,
haiii
bila la nak maju macam orang lain nie..???

=(

Thursday, March 15, 2012

Tips ke Pasar Malam

Assalamualaikum
Haiiii....

Tips yang Wanie nak kongsi kali nie adalah berdasarkan pengalaman sendiri yang suka ke pasar malam.
Sebelum masuk Uni boleh dikatakan setiap hari Wanie akan ke pasar malam dekat2 tempat Wanie, tapi sejak masuk Uni dah jarang dapat pegi pasar malam..

Semalam sempat Wanie sempat keluar dengan roomate pegi pasar malam,
mungkin sebab jarang dapat pegi pasar malam,
macam2 kami beli sampai x habis makan,
last2 derma makanan 2 derma kat kawan yang tak pegi...
*yang penting tak membazir buang dalam tong sampah

Apalah Wanie ni kan,
nak bagi tips pun intro panjang berjela

Ini Tips nya...

1. Senaraikan apa yang nak dibeli
Tips ini adalah untuk mengelakkan kita membeli barang2 yang tak penting dan tak diperlukan dan mengelakkan kita daripada membazir.

2. Isi dulu perut sebelum ke pasar malam
Tips ini adalah untuk mengelakkan kita daripada nak membeli semua makanan yang dijual di pasar malam tersebut. Biasalah kan...bila perut lapar semua makanan kita nampak sedap dan nak makan tapi bila dah makan 1 jenis dah kenyang dan yang lain akan masuk tong sampah.

3. Jangan bawak duit banyak2 sangat
Bila bawak duit banyak, banyak barang yang kita akan beli dan sudah semestinya ada antara barangan tersebut yang tidak diperlukan pun... kalau bawak duit sikit atau secukupnya saja, kita akan beli baranganyang benar-benar perlu sahaja. Jadi, secara tak langsung kita dapat berjimat.

4. Beli yang betul2 perlu sahaja
Tips ini lebih kurang ja macam tips-tips kat atas, INGAT..MEMBAZIR AMALAN SYAITAN. Jadi, janganlah kita membeli barangan yang tidak penting dan tak diperlukan.

Tips-tips ini bukan ja sesuai untuk ke pasar malam, malah untuk ke shopping complex dan tempat2 membeli-belah yang lain...


Wednesday, February 1, 2012

Ibu Mati Anak Hidup

assalamua'laikum

tanggal 29/01/2012 adalah hari yang sangat menyedihkan bagi wani sekeluarga...

entry kali nie ada kaitan dengan entry wani pasal kemalangan 2 sebelum nie,
tapi dalam entry walaupun wani agak sedih, tapi tak la macam apa yang berlaku kali nie...

hari tu cuma kemalangan yang mengakibatkan kaki patah sahaja dan sembuh selepas beberapa minggu...

kali nie,
Mek Tot mati semasa beranak, sangat tragis dan tak sanggup nak tulis...
*hanya yang melihat saja merasainya
yang menambahkan kesedihan wani sekeluarga, Mek Tot mati tapi anaknya hidup, baru berusia 2 hari ibunya sudah mati... ;-(
tak dapat nak gambarkan betapa sedih dan sayu hati nie tengok anaknya menangis mencari ibunya...

disebabkan tak ada pengalaman menjaga anak kucing yang baru lahir tanpa ibu, kami hadapi masalah, tak tau nak jaga macam mana...
syukur alhamdulillah...dah 5 hari anak Mek Tot masih lagi hidup dan semoga dapat membesar dengan sihat..

**Mek Tot nie seekor kucing yang wani bela dan merupakan seekor kucing yang sangat manja, baik dan agak cerewet (makan ikan rebus + nasi putih ja)...

*
*
*
*
*
p/s: kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penjagaan anak kucing yang kematian ibunya boleh la kongsi sama2 yer... maklumat yang diberikan sangat dihargai...

Tuesday, January 10, 2012

^-^ Cabaran Terakhir ^-^

Assalamua'laikum
&
Haiii..

Diam tak diam malam nie dah last exam untuk semester nie,
esok pagi dah boleh balik umah. :D
hepi sebab habis exam agak awal
tapi........
yang tak hepi nya exam malam nie adalah exam yang paling susah
KP = Kaedah Penyelidikan = Killer Paper
huhuhu
harap2 boleh la jawab malam nanti..

bye
nak study plak

Tuesday, January 3, 2012

^-^ Selesai 3 Sudah ^-^

haiii

alhamdulillah...
syukur sangat sebab 3 paper exam untuk semester nie dah pun lepas,
tinggal 1 paper ja lagi pada 10 Januari nie
semoga Allah SWT mempermudahkan untuk wanie jawab paper tersebut,
paper yang bagi wanie paling susah semester nie
iaitu paper Kaedah Penyelidikan

kepada rakan2 yang masih banyak exam... 
selamat menjawab
&
good luck..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...