Renung-renungkan

Kita mampu/sanggup membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang kita mahukan walaupun harganya mahal tetapi kegunaan/manfaatnya tidak ada/tidak diperlukan...Namun kita tidak mampu/sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang sangat kita perlukan dan memberi manfaat kepada kita tatkala kita susah dan memerlukan... Ramai antara kita mengambil mudah mengenainya dengan pelbagai alasan, namun bila perkara sudah berlaku baru rasa rugi dan menyesal sedangkan pada masa tersebut segalanya telah terlambat...

Rakan-Rakan Ku

My Blog List

Saturday, May 28, 2011

Kemalangan 1

entry kali nie wani nak crita pasal kemalangan,
kemalangan yang melibatkan kucing wani dengan kereta, wani tak tau sangat pasal kemalangan nie sebab masa kejadian wani tak ada kat rumah, wani kat asrama... kesian sangat kat kucing wani 2, namanya Tompok sebab badan dia tak bertompok2... Ayah, mak & adik2 wani pun tak perasan sbb x nampak sangat yang kucing 2 sakit. Sampai la satu hari 2 pak cik wani dtg rumah, dia cakap tulang belakang Tompok patah kat 2 tempat, kat bahagian rusuk ngan kat tempat yg dekat dgn ekor...
lepas 2 baru mak wani perasan yang Tompok tak boleh tidur mengiring, dia selalunya akan sandar kat tepi dinding... bila wani balik rumah mak wani bagitau yang Tompok kena langgar, baru wani perasan perubahan kat Tompok.
Tompok......dalam kenangan



nie la gambar2 tompok sebelum dia mati... :..(

wani balik rumah seminggu ja, lepas 2 wani balik asrama semula, masa wani kat rumah, Tompok rapat sangat dengan wani. Kalau wani kat dapur Tompok pun kat dapur, bila wani kat depan dia pun ke depan, walaupun dia susah nak jalan dan selalu semput, dia akan ikut juga wani... masa gap exam wani balik rumah, mak wani bagitau yang Tompok baru ja mati...sedih sangat rasanya tapi wani trima sbb kesian biar Tompok tanggung sakit lama2....

Monday, May 23, 2011

^-^ bErJaYa ^-^

haaiiii


skg nie wani hepi sgt walaupun tgh stress study utk last paper esk pagi
nak tau sebabnya...???????????


hehehhehe..:)
akhirnya berjaya jugak wat bagi shoutbox 2 berfungsi
dah banyak kali wani try wat tapi x menjadi, 
dalam dok sibuk2 study utk last paper pagi esok pun sempat lagi wani try wat shoutbox bagi berfungsi...


walaupun shoutbox 2 simple ja, tp dh banyak kali wat baru jd, simple pun wani syukur sebab menjadi, gambar x sempat la nak letak sbb nie pun rest jap ja masa dok study utk exam pagi esok


lepas nie cuti hampir 4 bulan nie boleh la wani cuba wat bagi blog wani nie lebih baik lagi
penambahbaikan akan dibuat, semoga menjadi la yerrr....


hehehehe...nak sambung study plak....


ddaaaaaaaaaaaa........

Wednesday, May 18, 2011

Peribahasa Arab-Melayu-Inggeris

Assalamualaikum...

jom belajar peribahasa dalam bahasa arab melayu dan inggeris...


Ada udang di sebalik batu
لَهُ فَأْسٌ يَشْحَذُهَا
To have an axe to grind

Adat menunjukkan bangsa
طِلاَوَةُ الطَّيْرِ فِي حُسْنِ رِيْشِهِ.
Fine feathers make a fine bird


Air tenang jangan disangka tiada buaya
النَّهْرُ الْهَادِىءُ خَفْ مِنْهُ.
Still water runs deep

Anak kucing menjadi harimau
تَنَمَّرَتْ صِغَارُ القِطِّ.
أَصْبَحَ الفُقَرَاءُ اَغْنِيَاءَ.
A poor man becomes rich


Bagai bertih digoreng
ثَرْثَارٌ كَالْغُرَابِ.
As talkative as a magpie.

**semua gambar dari MR GOOGLE....



Wednesday, May 11, 2011

^-^ DuRiAn VS LeMaNg ^-^

hhaaaiiiiiiiii
&
assalamua'laikum

masa study week minggu lepas
lebih tepat 29 April 2011
wani n family yang lain kumpul kat kampung
(mmg semua dok kampung pun, fam wani ja dok taman)
kebetulan semua sepupu sepapat wani yang dok asrama
semua balik umah masa tu....

dlm dok sembang2 nak wat lemang n makan2,
tiba2 ada yang sebut durian...



terus ja terfikir nak makan lemang dengan durian

esoknya...
pagi ada yg wat lemang n ada yg masak utk mkn tgh ari
tp wani 2 2 wani x wat...
ada ja alasan yg diberi utk mengelak

lepas makan tgh ari
lemang pun siap dimasak
durian x beli lagi, so...pakat2 la makan lemang dengan sambal udang
(lauk makan tgh ari)
pastu baru la mak n ayah wani p beli durian,
bila durian sampai ja, semua tak tinggal lemang
dan makan durian saja...

tujuan makan lemang n durian terpesong akhirnya...
lemang makan dengan sambal udang,
durian makan saja...

apapun mmg best sangat time 2
smua pakat kerjasama wat keja
ada yang jaga api lemang, ada yang memasak, ada yg jln2 ja

jom layan gmbr pulak....




Saturday, May 7, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011


walaupun sibuk study utk exam esok mlm n hari2 seterusnya,
sempat jgk nk join entry nie
jom join reramai...



sekian...

Friday, May 6, 2011

^-^ aKhIrNyA ^-^

hhhaaaaiiiii

hhmmm
akhirnya siap jugak assignment 2
(Laporan Berita Penyiasatan)
betul @ tak betul belakang kira
yang penting dah siap dan dah submit kat lec smlm

wani wat isu OKU dan Pekerjaan
thanks kepada sumber yg sudi beri kerjasama
iaitu
Peg JMC Sg Petani, Kedah
&
Peg JKM Sg Petani, Kedah


sumber yg ditemui (pegawainya la)

sepatutnya banyak lagi sumber yang kena interview
tp memandangkan kesuntukan masa
2 sumber ni ja la yg dapat diinterview
banyak jgk la maklumat yg wani dapat

x lupa jugak kepada kak siti
yang banyak bagi cadangan kat wani
dalam wani menyiapkan assignment tersebut
utk penulisan berita pun
kak siti jugak la yang bagi cadangan
thanks a lot kak...
x dapat wani nk bls jasa & pertolongan kak...

sekarang masa untuk fokus kepada EXAM plak
jadual yang sangat2 padat
4 paper, 4 hari tanpa gap
harap dapat la wat yg terbaik

.............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...