Renung-renungkan

Kita mampu/sanggup membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang kita mahukan walaupun harganya mahal tetapi kegunaan/manfaatnya tidak ada/tidak diperlukan...Namun kita tidak mampu/sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang sangat kita perlukan dan memberi manfaat kepada kita tatkala kita susah dan memerlukan... Ramai antara kita mengambil mudah mengenainya dengan pelbagai alasan, namun bila perkara sudah berlaku baru rasa rugi dan menyesal sedangkan pada masa tersebut segalanya telah terlambat...

Rakan-Rakan Ku

My Blog List

Saturday, December 31, 2011

^-^ Exam Oh Exam ^-^

apa nak jadi la dengan hang nie wani....
sedaq la sikit la nie time exam,
study nya tidak...on9 ja lebih..

huhuhu
peringatan untuk diri sendiri...

tiga hari untuk tiga paper berturut-turut pun boleh dok on9 lagi...
wani bukannya apa,
stress dah dok mengadap buku ngan nota
dah la semuanya dalam bahasa inggeris
wani dah la lemah BI,
satu satu nak kena translate...

ok la..
nak sambung study..
jangan stadoq sudah la...

hehehehe..
:)

Pikalurve 2nd GIVEAWAy

assalamua'laikum
haiii...

jom join segment lagi
kali nie kat blog Pikalurve plak...


tarikh penyertaan dari 25 Disember 2011 hingga 25 Januari 2012

nak tau syarat2nya dan nak join..
mudah ja...
klik banner kat atas 2 :)


^-^ First Exam Paper 4 This Sem ^-^

Assalamua'laikum
haiii

gementar dan takut
hari nie wanie akan hadapi exam untuk first paper semester nie..
macam baru ja masuk Uni
tup tup 
dah nak abis sem 5,
tinggal 1 sem ja lg pastu praktikal...

semua nota dah study...
siap tambah search kat internet
sebab nota yang ada tak lengkap
harap2 sangat wanie boleh jawab exam pagi nie
9am-11.30am...paper fotografi...

kepada semua yang akan hadapi exam,
terutama rakan2 kat sini,
wanie harap semua akan dapat jawap dgn mudah
dan dapat keputusan yang cemerlang nanti.

OK...
daaaaa....


Friday, December 2, 2011

^-^ Kemalangan 2 ^-^

kali nie wanie nak kongsi pengalaman yang melibatkan kucing wani dengan sebuah van pekerja...

kejadian nie berlaku beberapa bulan lepas
(lambat update sbb tak ingat)
masa tu time maghrib, semua wanie & fam semua kat dalam rumah, entah masa mana kucing yang bernama Mek Tot tu keluar,
kami semua tak sedar pun,
selalu dia dok dalam rumah ja

tiba2 dengar bunyi kucing menjerit kesakitan
(hanya mak wanie yang dengar tp masa 2 mak wanie tgh solat maghrib)
5 minit lepas tu ada jiran dtg rumah bagi tau Mek Tot kena langgar
kami semua terkejut
ingat dah mati dah sebab kena langgar dengan van...
ya la...kena langgar dengan motor pun boleh mati, tambah la dengan van pekerja kan...

tapi, alhamdulillah sebab Mek Tot patah kaki ja
sedih sangat tengok keadaan Mek Tot masa tu
terus ja bagi makan ubat yang masa dia demam sebelum tu...




walaupun keadaan Mek Tot macam tu
dia tetap nak buang air kat dalam sangkar (rumah) dia kat depan rumah
sedih sangat tengok dia mengesot...
badan dia pun susut sebab kurang makan

tapi...
alhamdulillah... Mek Tot seekor kucing yang kuat semangat
dan akhirnya dia sembuh, kaki dia pun dah baik...
namun...Mek Tot tak boleh beranak, mungkin kecederaan dalam masa kemalangan tu...

sekarang..
Mek Tot dah lincah cergas macam dulu balik...

^-^ Kelas d Hari Jumaat ^-^

assalamualaikum
hyee

bila tengok tajuk mesti korang cakap
biasa la kelas ari jumaat kan.....
tapi bg wanie ianya agak kurang seronok sebab
jumaat adalah hari cutie kat sini
semua kawan2 cuti
tapi wanie dgn beberapa orang kawan yang lain ada kelas
huhuhu
nie la akibatnya time orang lain ada kelas wanie tak da kelas
sooo....
time orang tak da kelas wanie ada kelas

sabar ja la demi masa depan
lagi pun dah tahun akhir....

p/s: sabar separuh daripada iman & usaha tangga kejayaan
** utk diri sendiri & rakan2 yg lain jgk...


Thursday, December 1, 2011

Hana Radzi First Give Away


jom blogger2 semua...
ramai2 kita join segmen kat blog HANNA

klik SINI untuk join...
24 November hingga 22 Disember 2011

utk memenuhi syarat
nie mereka2 yang di-tag

selamat join ye semua... :)


Saturday, October 29, 2011

^_^ Kek Pisang ^_^

assalamua'laikum
haaiiii

best rasanya bila balik umah
nak makan apa pun boleh cuma kena la rajin
hehehehe

dah lama teringin nak wat kek pisang sendiri
selalu beli kat kedai ja
bukan tak mau beli kat kedai
tapi kalau asyik beli ja bila nak tau buat sendiri kan....

ingat ja nak buat kek pisang
wanie terus buka tempat wanie selalu cari resepi masakan
wanie pun cari la Resepi Kek Pisang kat My Resepi


nie la hasil kek pisang percubaan kali pertama wanie...



Thursday, October 13, 2011

^^ need a help ^^

assalamua'laikum
hhaaiiiiii

td masa wani baca komen kat entry wani,
ada satu komen nie suggest supaya wani x letak word veryfication (wv) utk komen
sebenarnya wani tak tau pun kat blog wani ada  wv tu
nak buang pun tak tau macam mana

so
wani nak mintak tolong pada sesapa yang tau 
ajarkan wani macam mana nak buang wv tu
sesungguhnya wani tak pandai bab2 blog nie
sampai ari nie pun dok belajar lagi pasal blog nie

thankssss

bye

Tuesday, October 11, 2011

Freebies Header Percuma! Cepat Join!

Assalamua'laikum
haiiiii




cantik kan header2 kat atas nie

sebenarnya masa jejalan tadi
wani ada jumpa 1 segmen nie yang nak bagi
Freebies Header Percuma!
tuan punya blog nie 
nak tau syarat2nya...??
Klik SINI

Monday, October 10, 2011

^^ Sakit Mulut ^^

assalamua'laikum
haiiii

Baru ja baik batuk, kena ulser mulut pulak
Dah 2 hari wani tak boleh nak makan..huhuhu

balik dari wani beli la bubur nasi
tapi 2 pun x boleh nak makan
terpaksa la makan jugak w/pun sakit + pedih kat dalam mulut
dan jadinya makan sambil menangis
sebab sakit....
kalau tak makan mana nak ada tenaga kan....

inilah padahnya bila kurang minum air dan tak jaga kesihatan
cuaca pulak tak menentu kat sini

**p/s = kena minum banyak air dan jaga kesihatan untuk mengelakkan kita dari senang dijangkiti penyakit..

=)

Friday, October 7, 2011

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER LAGI




jom join segmen nie
klik kat banner di atas
tarikh tutup 31 Oktober 2011

Thursday, October 6, 2011

^^ Line Slow ^^

hhaaaiii
assalamua'laikum

dah lama x update
**bila nak update ja mesti ada ayat nie kan
hehehehe

sekarang nie wani x sibuk dengan keja dah sebab
dah berhenti dah, sebelum raya lagi

tapiiiiii................
sibuk dengan assignment yang bertimbun-timbun la pulak

bukan x mau update kat blog nie
tapi line wireless agak slow
kalau nak laju kena tunggu tengah malam
pagi ada kelas, so x boleh la nak jaga sampai lewat malam

taip ok lagi
bila nk upload gambar...punya la lambat
malas nak tunggu
jadi x la update status

banyak yang wani nak kongsi lagi 
kena la tunggu update yang akan datang
wani akan cuba luangkan masa
untuk aktif macam dulu2 balik...

hehehehe
jumpa lagi.


***x boleh nak upload gambar sebab lambat sangat**

Wednesday, September 21, 2011

^-^ Thesis Oh Thesis ^-^

Asslamua'laikum
hhhaaaiiiiii

tengok tajuk pun memang dah nampak macam orang pening kan. memang wani tgh pening skang nie, bukan ja x tau nak cari bahan nak wat thesis tapi nak wat kajian pasal apa pun wani x tau skang nie... :(

senior2 sebelum nie buat dalam masa 2 sem tapi lec kali nie cakap kena cuba siapkan dalam masa 1 sem ja.. huhuhu

wani pun kalau boleh nak siapkan cepat2, subjek sem depan pun mencabar jugak...biasala dah tahun last nie kan... usaha kena la lebih ckt kalau x mau extand... **confirm la x mau extand sem kan**

peningnya........ nak wat kajian pasal apa nie, wani amik bidang masscomm (kewartawanan)...

ada sesapa yang boleh bagi cadangan x...??? pening nie... tak bagi tajuk pun tak pe, bagi cadangan nak wat pasal apa pun jadi la... serabut dah otak nie memikirkan hal THESIS nie... huhuhu

Friday, September 16, 2011

**hArI mAlAnG**

assalamua'laikum....
haaaiiii...

hari nie wani nak kongsi cerita yg kurang baik yang jadi kat wani semalam... hari yang agak malang la bagi wani, dari pagi sampai petang ada ja hal2 yang tak diingini jadi at wani...huhuhu

Ceritanya mcm nie, lepas ja solat subuh wani terus tido balik sebab kelas pukul 8 pg lec batalkan, tapi wani ada kelas pkul 9.30 pg. bila bangun wani tengok jam baru pukul 7.30, wani pun tido la balik. pukul 9.27 minit pagi kawan wani call tanya x pegi kelas ke, wani tanya la dia dh pukul berapa dia jawab dah dekat 9.30. wani pun apalagi gelabah la sebab jam kat dinding still lagi pukul 7.30...rupa-rupanya jam tu mati, dah ter'skip' kelas awal2 sem nie.. 

wani pun bangun dan siap2 nak balik rumah sebab wani mmg dh plan nak balik rumah memandangkan cuti 3 ari. wani balik naik bas, dari asrama ke Shahab Perdana wani naik bas mara, x ada sebarang masalah. sampai ja Shahab Perdana wani naik bas lain plak nak ke Sungai Petani, bas laluan no 2. tiba2 bas rosak kat pertengahan jalan...adooiiii...kena la tunggu bas lain plak... tak la lama sangat tunggu bas lain pun sampai, bas penuh, kena berdiri la jawabnya...bila ada orang turun baru blh duduk...



sampai ja rumah, lepas rehat wani pun naik motor nak pegi pasar malam, baru separuh jalan fon wani bunyi, wani pun break la sbb nk jwb fon, ntah macam mana mungkin sbb berpasir motor 2 pun terbalik, wani pun apalagi jatuh la skali... ada la orang tolong angkat motor 2..hehehe.... boleh pegi lagi pasar malam sbb x rasa sakit n luka kat mana2...

nie la motor yg wani naik

nasib wani pakai seluar jeans x la teruk sangat, cuma luka ckt ja n lebam kat lutut ja...

hhhmmmmm....macam2 jadi kat wani semalam, dari pagi sampai la petang..... 

kesimpulannya,...lain kali jangan tido lepas subuh... hehehehehe

Wednesday, August 3, 2011

muncul semula

haiiiiiiiiiiiii
assalamua'laikum

setelah sekian lama x dapat nak update blog nie, ari nie baru wani berkesempatan nak update balik.
bukan sesaja x nak update tapi sibuk sebab kerja dan letih

wani akan sedaya upaya untuk mengupdate blog nie lebih kerap lepas nie walaupun lepas nie akan lebih sibuk sebab dah nak raya
biasa la, lagi dekat nak raya lagi ramai la orang keluar berbelanja
wani plak kerja kat kedai kasut, tiap2 hari memang ramai la pelanggan terutama hari jumaat, sabtu dan ahad. hari lain kurang ckt orang

HOORRRAYYYY...!!!!
esok cuti....dapat la rest kat rumah dan update blog nie

nie gambar kawan2 kat tempat kerja wani, tgh tunggu nak panch-card nk balik

 nie tuan punya blog
 yg nie sue
yg nie plak kak ana, otai tmpt wani kerja


ramai lagi sebenarnya, tapi x da gmbar...huhuhuhu

Thursday, June 16, 2011

^^ sibuk ^^

hhmmmmm...
dah lama rasanya x buka blog nie, bukan sesaja tak nak buka tapi sebab sibuk. dulu sibuk dengan exam, sekarang nie pulak sibuk dengan kerja.
memandangkan cuti sem yang lama, wani ambik keputusan untuk kerja sementara waktu. gaji boleh tahan la, tak banyak pun sesuai la dengan kerja yang wani buat 2... best sebab dapat ramai kawan baru, semua baik dan tak sombong...
wani dapat buka blog malam nie pun sebab esok cuti 1 hari, dapat la rest sikit & juga dapat buka blog malam nie. kalau kerja memang wani x buka sebab letih balik kerja, bengun pagi pergi keja, balik kerja tidur..macam 2 la rutin wani tiap2 hari sejak kerja part-time nie...
entry nie tak da pic la nak share sebab masa kerja semua kena simpan dalam locker, jd x boleh nak bergambar...

dddaaaaaaaaa

Saturday, May 28, 2011

Kemalangan 1

entry kali nie wani nak crita pasal kemalangan,
kemalangan yang melibatkan kucing wani dengan kereta, wani tak tau sangat pasal kemalangan nie sebab masa kejadian wani tak ada kat rumah, wani kat asrama... kesian sangat kat kucing wani 2, namanya Tompok sebab badan dia tak bertompok2... Ayah, mak & adik2 wani pun tak perasan sbb x nampak sangat yang kucing 2 sakit. Sampai la satu hari 2 pak cik wani dtg rumah, dia cakap tulang belakang Tompok patah kat 2 tempat, kat bahagian rusuk ngan kat tempat yg dekat dgn ekor...
lepas 2 baru mak wani perasan yang Tompok tak boleh tidur mengiring, dia selalunya akan sandar kat tepi dinding... bila wani balik rumah mak wani bagitau yang Tompok kena langgar, baru wani perasan perubahan kat Tompok.
Tompok......dalam kenangan



nie la gambar2 tompok sebelum dia mati... :..(

wani balik rumah seminggu ja, lepas 2 wani balik asrama semula, masa wani kat rumah, Tompok rapat sangat dengan wani. Kalau wani kat dapur Tompok pun kat dapur, bila wani kat depan dia pun ke depan, walaupun dia susah nak jalan dan selalu semput, dia akan ikut juga wani... masa gap exam wani balik rumah, mak wani bagitau yang Tompok baru ja mati...sedih sangat rasanya tapi wani trima sbb kesian biar Tompok tanggung sakit lama2....

Monday, May 23, 2011

^-^ bErJaYa ^-^

haaiiii


skg nie wani hepi sgt walaupun tgh stress study utk last paper esk pagi
nak tau sebabnya...???????????


hehehhehe..:)
akhirnya berjaya jugak wat bagi shoutbox 2 berfungsi
dah banyak kali wani try wat tapi x menjadi, 
dalam dok sibuk2 study utk last paper pagi esok pun sempat lagi wani try wat shoutbox bagi berfungsi...


walaupun shoutbox 2 simple ja, tp dh banyak kali wat baru jd, simple pun wani syukur sebab menjadi, gambar x sempat la nak letak sbb nie pun rest jap ja masa dok study utk exam pagi esok


lepas nie cuti hampir 4 bulan nie boleh la wani cuba wat bagi blog wani nie lebih baik lagi
penambahbaikan akan dibuat, semoga menjadi la yerrr....


hehehehe...nak sambung study plak....


ddaaaaaaaaaaaa........

Wednesday, May 18, 2011

Peribahasa Arab-Melayu-Inggeris

Assalamualaikum...

jom belajar peribahasa dalam bahasa arab melayu dan inggeris...


Ada udang di sebalik batu
لَهُ فَأْسٌ يَشْحَذُهَا
To have an axe to grind

Adat menunjukkan bangsa
طِلاَوَةُ الطَّيْرِ فِي حُسْنِ رِيْشِهِ.
Fine feathers make a fine bird


Air tenang jangan disangka tiada buaya
النَّهْرُ الْهَادِىءُ خَفْ مِنْهُ.
Still water runs deep

Anak kucing menjadi harimau
تَنَمَّرَتْ صِغَارُ القِطِّ.
أَصْبَحَ الفُقَرَاءُ اَغْنِيَاءَ.
A poor man becomes rich


Bagai bertih digoreng
ثَرْثَارٌ كَالْغُرَابِ.
As talkative as a magpie.

**semua gambar dari MR GOOGLE....



Wednesday, May 11, 2011

^-^ DuRiAn VS LeMaNg ^-^

hhaaaiiiiiiiii
&
assalamua'laikum

masa study week minggu lepas
lebih tepat 29 April 2011
wani n family yang lain kumpul kat kampung
(mmg semua dok kampung pun, fam wani ja dok taman)
kebetulan semua sepupu sepapat wani yang dok asrama
semua balik umah masa tu....

dlm dok sembang2 nak wat lemang n makan2,
tiba2 ada yang sebut durian...



terus ja terfikir nak makan lemang dengan durian

esoknya...
pagi ada yg wat lemang n ada yg masak utk mkn tgh ari
tp wani 2 2 wani x wat...
ada ja alasan yg diberi utk mengelak

lepas makan tgh ari
lemang pun siap dimasak
durian x beli lagi, so...pakat2 la makan lemang dengan sambal udang
(lauk makan tgh ari)
pastu baru la mak n ayah wani p beli durian,
bila durian sampai ja, semua tak tinggal lemang
dan makan durian saja...

tujuan makan lemang n durian terpesong akhirnya...
lemang makan dengan sambal udang,
durian makan saja...

apapun mmg best sangat time 2
smua pakat kerjasama wat keja
ada yang jaga api lemang, ada yang memasak, ada yg jln2 ja

jom layan gmbr pulak....




Saturday, May 7, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011


walaupun sibuk study utk exam esok mlm n hari2 seterusnya,
sempat jgk nk join entry nie
jom join reramai...



sekian...

Friday, May 6, 2011

^-^ aKhIrNyA ^-^

hhhaaaaiiiii

hhmmm
akhirnya siap jugak assignment 2
(Laporan Berita Penyiasatan)
betul @ tak betul belakang kira
yang penting dah siap dan dah submit kat lec smlm

wani wat isu OKU dan Pekerjaan
thanks kepada sumber yg sudi beri kerjasama
iaitu
Peg JMC Sg Petani, Kedah
&
Peg JKM Sg Petani, Kedah


sumber yg ditemui (pegawainya la)

sepatutnya banyak lagi sumber yang kena interview
tp memandangkan kesuntukan masa
2 sumber ni ja la yg dapat diinterview
banyak jgk la maklumat yg wani dapat

x lupa jugak kepada kak siti
yang banyak bagi cadangan kat wani
dalam wani menyiapkan assignment tersebut
utk penulisan berita pun
kak siti jugak la yang bagi cadangan
thanks a lot kak...
x dapat wani nk bls jasa & pertolongan kak...

sekarang masa untuk fokus kepada EXAM plak
jadual yang sangat2 padat
4 paper, 4 hari tanpa gap
harap dapat la wat yg terbaik

.............

Wednesday, April 27, 2011

MaLu + SeGaN

assalamua'laikum
&
haiiii


pagi semalam masa pegi beli barang
ada la jumpa sorang wartawan
ada cakap pasal nak wat assignment
lepas cakap2 dia bagi no fon
&
suh contac dia
mudah2an dia blh tolong dalam nak cari bahan 2
boleh jugak dapat pengalaman jd wartawan sebenar kan...
assignment pun boleh disiapkan dengan baik + cepat
(hakikatnya dah terlambat pun)

tapi masalahnya sekarang nie
malu & segan la pulak nak cantac akak 2
mak & ayah pun dah bising
sbb tak contac akak 2 lagi

WHAT SHOULD I DO NOWWW....????
nak contac ke x erk...???
kalau x contac macam mana nak siapkan assignment 2 dengan elok plak kan...???


?????????????????????????

Tuesday, April 26, 2011

*_* PoNiNg *_*

aiiiiiii

huurrmmmm
submit date dah dekat
tp isu x tau lg nak wat tajuk apa
Laporan Berita Penyiasatan
kena siasat 1 isu
n then
kena wat laporan & submit kat lecture

ada banyak tajuk sebenarnya
tp x tau nak pilih masa 1
antaranya
isu sampah, tangkap basah, ponteng skolah
mana 1 nak pilih nie
salah pilih nnt jd susah plak
takut org yg nak di interview x mau bg kerjasama plak
susah la jdnya nnt

nak wat awal2
x da cuti...bila dah cuti,
submit date dh dekat sgt...
pening & poning jdnya
nak pilih yg mana nie..???
adoiiii...
nie baru blajar
dh keja nnt mcm mana la....
blh ke nak survive dlm industri nnt
assignment sng pun x blh nk wat nie...!!!!

nak update blog pun dh x da masa....
huhuhuhu
lepas submit assignment,
exam plak menanti...
dpt jadual plak sgt padat...

pening + poning = ????
nasib la.. x blh nak patah balik dh
semoga dipermudahkan dlm segala urusan



Saturday, April 23, 2011

Meh Join Bloglist FizA

hhhaaaiiiiiii
assalamua'laikum...

masa jalan2 tp nampak blog nie, wat join bloglist,
nice blog.. :)

http://akupunyacita.blogspot.com/2011/04/ada-sesapa-nak-join-bloglist-fiza.html

Friday, April 22, 2011

Pleaseee...Help Me...

haaaiiii semua



kepada sesapa yg masuk kt blog wani ni
mesti perasankan yg shoutbox wani x berfungsi
ada sesapa yang blh tlg bagitau x
macam mana nak buat bg shoutbox 2 berfungsi

wani dah try,
tapi tak jadi2 jugak...
nak fed-up pun ada dah nie...

kalau ada yang sudi nak kongsi
cara nak bg shoutbox wani 2 berfungsi
tglkan kat komen k...

thanks...
شكران
terima kasih

ddaaaaaa......

Saya Nak Join Bloglist Awak


Assalamua'laikum & Selamat Sejahtera

masa jalan2 kat blog td terpandang pasal blog nie, terasa teingin plak nak join...
wani plak masih baru lagi dengan blog2 nie, nak kata pandai 2 jauh sekali la kan...
wani suka baca kandungan blog2 orang, boleh tambah kan ilmu dan dapat banyak maklumat baru yang wani tak tau sebelum2 nie... lagipun tak salah kita nak tambah ilmu di dada malah dituntut dalam agama..

macam2 maklumat yang wani dapat time jalan2 kat blog orang, ada yg best dan x kurang jgk yg kurang menarik, tp kebanyakannya menarik la bagi wani.... yang penting maklumat 2 boleh tambahkan pengetahuan wani dalam pelbagai aspek...

sebab wani join bloglist nie pun untuk tambahkan lagi maklumat dan blog nie pun menarik bagi wani, boleh dapat banyak banyak maklumat. boleh jugak tambah2 kenalan...

ok la...
setakat nie ja dulu entry utk kali nie..
daaaaa...

Thursday, April 21, 2011

^_^SeLeSaI sUdAh^_^

assalamua'laikum
&
haaaiiiii


abis ja kelas undang2 dlm komunikasi td
maka beakhirlah kelas untuk semester ini
esok ada bengkel untuk kelas etika pengamal media
tajuk bengkel 2
Bengkel Etika Dalam Kerjaya Media
sepatutnya bengkel 2 ari nie
tapi atas sebab masalah penceramah yang tak dapat datang
terpaksalah tunda ke hari esok
dan
bertambahlah jugak tugas wani sebagai setiausaha
dalam projek tersebut

kalau tak disebabkan markah untuk tugasan individu
mungkin,wani x libatkan diri dalam projek 2
sangat memeningkan.....!!!
assignment pun banyak yang tak siap lag
walau pun semua kelas dah abis

lepas ko-k ari sabtu nie, wani nekad nak balik umah
nak siapkan asignment untuk penulisan berita
dan laporan berita penyiasatan
nak buat story apa pun tau lagi nie
sapa yang nak diinterview lagi la tak tau
2 pun memeningkan jugak
tak siap tak ada markah

hopefully,....
akan dapat la idea topik apa yang nak disiasat secepat mungkin
orang yang akan diinterview pun bagi kerjasama
semoga segala urusanku dalam menyiapakan
assignment sem ini dipermudahkan

x sabar rasanya nak balik umah.....!!!!!!!!!

k la dah banyak dah brceloteh kat cini
daaaaaa dlu wat masa nie

jumpa lagi
^_^

Sunday, April 10, 2011

<< bEnGkEl bLoG >>

HAAAAIIIIII

Hari nie dah ada kelainan ckit kat blog wani nie... Nie lah kesan pegi bengkel Blogging Time Day semalam anjuran Rakan Muda Remaja Siber UUM kat DKG 5,... yang lecehnya, wani tak bawak laptop semalam masa pegi bengkel 2 sebab laptop wani ada masalah bateri...

skg nie dah pandai ckt dah nak tambah2 kat blog nie, sblm nie simple2 ja... penceramah yang juga merangkap lecturel wani kat kelas 2, ajar semua yg hadir kat bengkel 2 dari mula2 wat blog sampai la ke nak tukar design, tambah widget, nuffnang dan lain2 lagi la....

best...bengkel yang tak membosankan... happy dan seronok sangat...

banyak lagi yang wani nak kena belajar pasal blog nie... yang penting brani untuk mencuba sesuatu yang baru, tapi jangan la plak kita mencuba sesuatu yang baru tapi dari segi dan cara yang salah...

sayangnya wani tak amik gmbr masa bengkel 2.... rugi kannnn,... apasal la tak terfikir nak amik gmbr semalam...menyesal la plak... tp yang penting wani dah tau cara2 nak ceriakan blog wani nie... nak mencuba lagi la...

okies....

daaa....

jumpa lagi...

Tuesday, March 29, 2011

@_@ HuJaN @_@

......haiiiiiii......
asyik hujan ja minggu nie,
nak pegi kelas kena hujan,
balik kelas pun kena hujan,
payung pulak hilang...
hmmmm...
boleh kata hari2 main hujan...
tapi best jugak...bukan selalu...

memandangkan hari ni x da kelas,
dah plan la nak kluar pegi beli payung,
alih2 hujan la pulak dari semalam,
tak henti2...nasib x lebat sangat
klu lebat mesti banjir lg kat cni...
jangan la banjir, x nak tangguh exam lg
macam semester lepas

baca dalam paper semalam
kat selatan thai dah banjir
dah ragut 3 nyawa pun
jangan melarat ke cni udah le...

banyak juga la perjumpaan hari nie
tempat jauh, payung pulak x da..,
macam mana nie...nak pegi ke x...??
rasanya ada yang x pegi kot...
pegi yang dekat2 ja,
yang x kena hujan...hehehehe ^_^

walau macam mana pun...
aku tetap kena pegi cari payung,
kalau x...gayanya esok x pegi kelas la...
dah la kebolehan untuk ponteng kelas dah x banyak
tu la...sapa suh ponteng kelas masa awal2 sem sgt..
kan dah susah sekarang...!!!

cukup dulu untuk kali nie...
jumpa lagi...

daaaa...

@_@ hUjAn @_@

Tuesday, March 15, 2011

~~renungan bersama~~

Tsunami JEPUN Di sebalik ALQURAN

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat

Monday, March 14, 2011

i'm new... ^_^

haiii...

dah lama nak buat blog nie
tp x berkesempatan...

Hari nie baru berkesempatan
Masih banyak lg yang perlu واني belajar tentang blog nie

harap lepas nie boleh la terus berblogging plak...
asyik dengan social network ja..
dah boring la...

bye...!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...