Renung-renungkan

Kita mampu/sanggup membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang kita mahukan walaupun harganya mahal tetapi kegunaan/manfaatnya tidak ada/tidak diperlukan...Namun kita tidak mampu/sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang sangat kita perlukan dan memberi manfaat kepada kita tatkala kita susah dan memerlukan... Ramai antara kita mengambil mudah mengenainya dengan pelbagai alasan, namun bila perkara sudah berlaku baru rasa rugi dan menyesal sedangkan pada masa tersebut segalanya telah terlambat...

Rakan-Rakan Ku

My Blog List

Friday, March 30, 2012

Berblogwalking

Assalamua'laikum
&
haiii

Hari nie wani rasa boring sangat, tak tau nak buat apa lepas balik dari jalan-jalan dengan kawan tadi.,
Lagi sekali kami buat kerja 'gila', pusing-pusing pekan Jitra pulak kali nie,
*ari tu alor setar
pegi naik bas ja jimat kos dan tak payah susah-susah cari parking.
Bukan beli apa-apa pun, just jalan-jalan ja..

Melalut pulak wani nie kan...
tajuk berblogwalking tapi cerita jalan tempat lain...

Lepas balik,
tak tau nak buat apa,
tengok leave komen kat shuotmix, agak banyak yang wani tak reply, 
so....
wani pun mulakan aktiviti berblogwalking yang dah lama wani tak buat...
best pulak rasanya,
banyak info yang wani dapat...

tadi blogwalking senarai kat shoutmix,
dah semua wani terjah balik,
lepas nie nak ke mana pulak yer....???
mungkin wani akan main terjah ja kot lepas nie...
kalau blog tu menarik, wani akan follow...
:)

hehehe...

Monday, March 26, 2012

Sudah Setahun Rupanya

Assalamualaikum...
Haiii..

Dah lama x berblogwalking
Sekarang nie wani agak sibuk, final sem, banyak projek dan assignment nak kena selesaikan,
Tempat untuk praktikal pun tak cari lagi nih,
CUIC plak call suruh cari sendiri...pening.......

Bukan wani tak buka blog nie, wani buka cuma tengok-tengok ja,
ada juga yang wani jalan-jalan baca entry ja,
nak buat entry baru agak kurang berkesempatan...

Beberapa hari lepas,
baru wani perasan yang blog wani nie dah lebih setahun,
teringin nak wat GA,
tapi nak kena fikir bajet dan hadiah yang nak diberikan dulu,
baru boleh buat GA kan...

Tapi...
Dah setahun pun wani masih lagi merangkak dalam berblogging nie,
haiii
bila la nak maju macam orang lain nie..???

=(

Thursday, March 15, 2012

Tips ke Pasar Malam

Assalamualaikum
Haiiii....

Tips yang Wanie nak kongsi kali nie adalah berdasarkan pengalaman sendiri yang suka ke pasar malam.
Sebelum masuk Uni boleh dikatakan setiap hari Wanie akan ke pasar malam dekat2 tempat Wanie, tapi sejak masuk Uni dah jarang dapat pegi pasar malam..

Semalam sempat Wanie sempat keluar dengan roomate pegi pasar malam,
mungkin sebab jarang dapat pegi pasar malam,
macam2 kami beli sampai x habis makan,
last2 derma makanan 2 derma kat kawan yang tak pegi...
*yang penting tak membazir buang dalam tong sampah

Apalah Wanie ni kan,
nak bagi tips pun intro panjang berjela

Ini Tips nya...

1. Senaraikan apa yang nak dibeli
Tips ini adalah untuk mengelakkan kita membeli barang2 yang tak penting dan tak diperlukan dan mengelakkan kita daripada membazir.

2. Isi dulu perut sebelum ke pasar malam
Tips ini adalah untuk mengelakkan kita daripada nak membeli semua makanan yang dijual di pasar malam tersebut. Biasalah kan...bila perut lapar semua makanan kita nampak sedap dan nak makan tapi bila dah makan 1 jenis dah kenyang dan yang lain akan masuk tong sampah.

3. Jangan bawak duit banyak2 sangat
Bila bawak duit banyak, banyak barang yang kita akan beli dan sudah semestinya ada antara barangan tersebut yang tidak diperlukan pun... kalau bawak duit sikit atau secukupnya saja, kita akan beli baranganyang benar-benar perlu sahaja. Jadi, secara tak langsung kita dapat berjimat.

4. Beli yang betul2 perlu sahaja
Tips ini lebih kurang ja macam tips-tips kat atas, INGAT..MEMBAZIR AMALAN SYAITAN. Jadi, janganlah kita membeli barangan yang tidak penting dan tak diperlukan.

Tips-tips ini bukan ja sesuai untuk ke pasar malam, malah untuk ke shopping complex dan tempat2 membeli-belah yang lain...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...