Renung-renungkan

Kita mampu/sanggup membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang kita mahukan walaupun harganya mahal tetapi kegunaan/manfaatnya tidak ada/tidak diperlukan...Namun kita tidak mampu/sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang sangat kita perlukan dan memberi manfaat kepada kita tatkala kita susah dan memerlukan... Ramai antara kita mengambil mudah mengenainya dengan pelbagai alasan, namun bila perkara sudah berlaku baru rasa rugi dan menyesal sedangkan pada masa tersebut segalanya telah terlambat...

Rakan-Rakan Ku

My Blog List

Thursday, March 15, 2012

Tips ke Pasar Malam

Assalamualaikum
Haiiii....

Tips yang Wanie nak kongsi kali nie adalah berdasarkan pengalaman sendiri yang suka ke pasar malam.
Sebelum masuk Uni boleh dikatakan setiap hari Wanie akan ke pasar malam dekat2 tempat Wanie, tapi sejak masuk Uni dah jarang dapat pegi pasar malam..

Semalam sempat Wanie sempat keluar dengan roomate pegi pasar malam,
mungkin sebab jarang dapat pegi pasar malam,
macam2 kami beli sampai x habis makan,
last2 derma makanan 2 derma kat kawan yang tak pegi...
*yang penting tak membazir buang dalam tong sampah

Apalah Wanie ni kan,
nak bagi tips pun intro panjang berjela

Ini Tips nya...

1. Senaraikan apa yang nak dibeli
Tips ini adalah untuk mengelakkan kita membeli barang2 yang tak penting dan tak diperlukan dan mengelakkan kita daripada membazir.

2. Isi dulu perut sebelum ke pasar malam
Tips ini adalah untuk mengelakkan kita daripada nak membeli semua makanan yang dijual di pasar malam tersebut. Biasalah kan...bila perut lapar semua makanan kita nampak sedap dan nak makan tapi bila dah makan 1 jenis dah kenyang dan yang lain akan masuk tong sampah.

3. Jangan bawak duit banyak2 sangat
Bila bawak duit banyak, banyak barang yang kita akan beli dan sudah semestinya ada antara barangan tersebut yang tidak diperlukan pun... kalau bawak duit sikit atau secukupnya saja, kita akan beli baranganyang benar-benar perlu sahaja. Jadi, secara tak langsung kita dapat berjimat.

4. Beli yang betul2 perlu sahaja
Tips ini lebih kurang ja macam tips-tips kat atas, INGAT..MEMBAZIR AMALAN SYAITAN. Jadi, janganlah kita membeli barangan yang tidak penting dan tak diperlukan.

Tips-tips ini bukan ja sesuai untuk ke pasar malam, malah untuk ke shopping complex dan tempat2 membeli-belah yang lain...


1 comment:

  1. hehe..kalau CM tengah lapar sgt,elak gi pasar malam..nnt tah pape beli..pastu hbs diet i..huk3..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...