Renung-renungkan

Kita mampu/sanggup membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang kita mahukan walaupun harganya mahal tetapi kegunaan/manfaatnya tidak ada/tidak diperlukan...Namun kita tidak mampu/sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang sangat kita perlukan dan memberi manfaat kepada kita tatkala kita susah dan memerlukan... Ramai antara kita mengambil mudah mengenainya dengan pelbagai alasan, namun bila perkara sudah berlaku baru rasa rugi dan menyesal sedangkan pada masa tersebut segalanya telah terlambat...

Rakan-Rakan Ku

My Blog List

Sunday, December 30, 2012

Kesan Klorin dalam Air Paip

Assalamua'laikum
Hhhhaaaaiiiiii

Berdasarkan tajuk entry Wanie kali nie bukan lah merujuk kepada umum atau pun berdasarkan kajian yang telah dibuat tetapi apa yang terjadi kepada Wanie sendiri sahaja.

Kalau reader nak cakap yang Wanie berlagak sebab tak minum air paip pun Wanie tak kisah. Sebenarnya, bukan Wanie langsung rak minum air paip, cuma kalau boleh elak Wanie akan cuba elakkan. Bukan apa, kadang-kadang kandungan klorin air paip kuat sangat, sampai ada bau. Wanie meman tak tahan bau klorin dalam air paip tu.

Kalau Wanie cakap Wanie tak minum air paip tipu la kan...sebab kat kedai memang orang guna air paip, air kat pasar malam pun guna air paip jugak tambahan pulak sekarang ni kan musim kenduri, memang susah la nak jumpa air yang dimasak ataupun air tapis sebab diorang kan bancuh dalam kuantiti yang banyak, tak sempat dah nak tapis ataupun masak dulu.

Siang tadi (29/12/012) Wanie ada attend satu kenduri rumah kawan ayah Wanie kat Alor Setar. Sampai pulak time panas terik, memang dok nampak air sirap dia ja la tapi tak da la sampai minum berdiri kan. Lepas ambil makanan dan air sirap tu, duduk ja terus minum sebab dahaga sangat. Lepas minum ja air terus hilang selera nak makan, bau klorin dalam air tu kuat sangat. Sudah ja makan, minum jugak la baki air tu lepas makan, terus rasa sakit tekak. Lepas tu terus mintak tolong orang katering tu ambikkan air mineral botol, minum pun dok sakit jugak.

Malam nie pulak asyik bersin ja, tekak still sakit lagi. Tak selesa rasa dalam tekak. Hidung pun dah berair dan mata + pernafasan rasa panas ja. Macam nak demam ja...

Sebab tu la Wanie tak kisah kalau orang nak kata Wanie berlagak sebab kalau boleh tak nak minum air paip, bila minum jugak jadi macam ni la...

Untuk pengetahuan semua, family Wanie memang tak minum air paip, tpi minum air yang digali dalam bukit. Setiap 2 minggu sekali mak + ayah Wanie akan pi amik kat TUPAH. (Bukan air yang orang dok mandi tu tau)... Pasal air tupah nie Wanie akan buat satu entry lain nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...