Renung-renungkan

Kita mampu/sanggup membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang kita mahukan walaupun harganya mahal tetapi kegunaan/manfaatnya tidak ada/tidak diperlukan...Namun kita tidak mampu/sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang sangat kita perlukan dan memberi manfaat kepada kita tatkala kita susah dan memerlukan... Ramai antara kita mengambil mudah mengenainya dengan pelbagai alasan, namun bila perkara sudah berlaku baru rasa rugi dan menyesal sedangkan pada masa tersebut segalanya telah terlambat...

Rakan-Rakan Ku

My Blog List

Wednesday, July 10, 2013

Syukur...

Assalamua'laikum & Haiiii

Sebelum mula berceloteh, Wanie nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pembaca2 di blog nie... :)

OK
Sekarang kita berbalik kepada tajuk di atas

Sebenarnya, Wanie rasa bersyukur sangat2 sebab dapat tunai hajat mak selama hampir 24 tahun nie, sama dengan umur Wanie tahun nie... Tadi masa balik kerja pukul 7 lebih, mak ada cakap pasal terawih, katanya dah lama mak tak pi terawih di masjid, sejak lepas kahwin... Mak cakap dulu masa kat kampung tiap2 malam dia pi terawih kat surau di kampung, dekat ja dengan rumah. Lepas kahwin, dah tak duduk kampung, rumah pulak agak jauh dari surau/masjid, dengan kekangan kerja, anak2 pun kecik lagi, susah nak tinggal.

Bila Wanie dah besar, dah boleh memandu belajar kat tempat lain pulak, kadang2 ja balik, masa cuti sem panjang 2 tahun lepas, Wanie kerja, tahun lepas pulak praktikal kat daerah lain...

Lepas mak cerita, Wanie cakap kalau mak nak pi, jom la... Mak tanya jugak tak letih ke siang kerja malam nak pi terawih pulak. Wanie jawab, boleh ja, bukan selalu... Nampak keceriaan kat wajah mak...

Balik dari terawih mak asyik ulang cakap "Tercapai jugak hajat mak nak pi terawih kat masjid"...

Sesungguhnya...Wanie rasa syukur sangat sebab dapat tunai hajat mak. Selama nie mak tak pernah cakap macam tu...

Syukur padaMu ya Allah kerana memberikan hambaMu ini kesempatan untuk membahagiakan insan yang telah melahirkan aku ke dunia ini...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...