Renung-renungkan

Kita mampu/sanggup membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang kita mahukan walaupun harganya mahal tetapi kegunaan/manfaatnya tidak ada/tidak diperlukan...Namun kita tidak mampu/sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang sangat kita perlukan dan memberi manfaat kepada kita tatkala kita susah dan memerlukan... Ramai antara kita mengambil mudah mengenainya dengan pelbagai alasan, namun bila perkara sudah berlaku baru rasa rugi dan menyesal sedangkan pada masa tersebut segalanya telah terlambat...

Rakan-Rakan Ku

My Blog List

Sunday, April 1, 2012

Kebuntuan Minda Dah...

Asslamua'laikun
&
haii

Entry kali nie wani tak mau cakap banyak
serabut minda dan otak dah
sebabnya...
*
*
*
dah lebih seminggu wani buat assignment nie
tapi tak siap-siap jugak
kawan wani yang nak edit dah bising sebab wani tak hantar lagi
huhuhu
kesian dia dok tunggu wani

dah banyak bahan yang wani cari tapi tak jumpa-jumpa jugak
sedih ada, geram pun ada.
kalau tak sebab ada markah, memang wani tak buat dah la
ingat senang, rupa-rupanya susah
tak tau nak "goreng" apa lagi dah
jangan markah pun kena "goreng" dengan lecture sudah la....

nie la subjeknya...
tajuk pulak isu berkaitan agensi berita...
serabut betul la..

ok la...
nak sambung buat lagi..

:)

Friday, March 30, 2012

Berblogwalking

Assalamua'laikum
&
haiii

Hari nie wani rasa boring sangat, tak tau nak buat apa lepas balik dari jalan-jalan dengan kawan tadi.,
Lagi sekali kami buat kerja 'gila', pusing-pusing pekan Jitra pulak kali nie,
*ari tu alor setar
pegi naik bas ja jimat kos dan tak payah susah-susah cari parking.
Bukan beli apa-apa pun, just jalan-jalan ja..

Melalut pulak wani nie kan...
tajuk berblogwalking tapi cerita jalan tempat lain...

Lepas balik,
tak tau nak buat apa,
tengok leave komen kat shuotmix, agak banyak yang wani tak reply, 
so....
wani pun mulakan aktiviti berblogwalking yang dah lama wani tak buat...
best pulak rasanya,
banyak info yang wani dapat...

tadi blogwalking senarai kat shoutmix,
dah semua wani terjah balik,
lepas nie nak ke mana pulak yer....???
mungkin wani akan main terjah ja kot lepas nie...
kalau blog tu menarik, wani akan follow...
:)

hehehe...

Monday, March 26, 2012

Sudah Setahun Rupanya

Assalamualaikum...
Haiii..

Dah lama x berblogwalking
Sekarang nie wani agak sibuk, final sem, banyak projek dan assignment nak kena selesaikan,
Tempat untuk praktikal pun tak cari lagi nih,
CUIC plak call suruh cari sendiri...pening.......

Bukan wani tak buka blog nie, wani buka cuma tengok-tengok ja,
ada juga yang wani jalan-jalan baca entry ja,
nak buat entry baru agak kurang berkesempatan...

Beberapa hari lepas,
baru wani perasan yang blog wani nie dah lebih setahun,
teringin nak wat GA,
tapi nak kena fikir bajet dan hadiah yang nak diberikan dulu,
baru boleh buat GA kan...

Tapi...
Dah setahun pun wani masih lagi merangkak dalam berblogging nie,
haiii
bila la nak maju macam orang lain nie..???

=(

Thursday, March 15, 2012

Tips ke Pasar Malam

Assalamualaikum
Haiiii....

Tips yang Wanie nak kongsi kali nie adalah berdasarkan pengalaman sendiri yang suka ke pasar malam.
Sebelum masuk Uni boleh dikatakan setiap hari Wanie akan ke pasar malam dekat2 tempat Wanie, tapi sejak masuk Uni dah jarang dapat pegi pasar malam..

Semalam sempat Wanie sempat keluar dengan roomate pegi pasar malam,
mungkin sebab jarang dapat pegi pasar malam,
macam2 kami beli sampai x habis makan,
last2 derma makanan 2 derma kat kawan yang tak pegi...
*yang penting tak membazir buang dalam tong sampah

Apalah Wanie ni kan,
nak bagi tips pun intro panjang berjela

Ini Tips nya...

1. Senaraikan apa yang nak dibeli
Tips ini adalah untuk mengelakkan kita membeli barang2 yang tak penting dan tak diperlukan dan mengelakkan kita daripada membazir.

2. Isi dulu perut sebelum ke pasar malam
Tips ini adalah untuk mengelakkan kita daripada nak membeli semua makanan yang dijual di pasar malam tersebut. Biasalah kan...bila perut lapar semua makanan kita nampak sedap dan nak makan tapi bila dah makan 1 jenis dah kenyang dan yang lain akan masuk tong sampah.

3. Jangan bawak duit banyak2 sangat
Bila bawak duit banyak, banyak barang yang kita akan beli dan sudah semestinya ada antara barangan tersebut yang tidak diperlukan pun... kalau bawak duit sikit atau secukupnya saja, kita akan beli baranganyang benar-benar perlu sahaja. Jadi, secara tak langsung kita dapat berjimat.

4. Beli yang betul2 perlu sahaja
Tips ini lebih kurang ja macam tips-tips kat atas, INGAT..MEMBAZIR AMALAN SYAITAN. Jadi, janganlah kita membeli barangan yang tidak penting dan tak diperlukan.

Tips-tips ini bukan ja sesuai untuk ke pasar malam, malah untuk ke shopping complex dan tempat2 membeli-belah yang lain...


Wednesday, February 1, 2012

Ibu Mati Anak Hidup

assalamua'laikum

tanggal 29/01/2012 adalah hari yang sangat menyedihkan bagi wani sekeluarga...

entry kali nie ada kaitan dengan entry wani pasal kemalangan 2 sebelum nie,
tapi dalam entry walaupun wani agak sedih, tapi tak la macam apa yang berlaku kali nie...

hari tu cuma kemalangan yang mengakibatkan kaki patah sahaja dan sembuh selepas beberapa minggu...

kali nie,
Mek Tot mati semasa beranak, sangat tragis dan tak sanggup nak tulis...
*hanya yang melihat saja merasainya
yang menambahkan kesedihan wani sekeluarga, Mek Tot mati tapi anaknya hidup, baru berusia 2 hari ibunya sudah mati... ;-(
tak dapat nak gambarkan betapa sedih dan sayu hati nie tengok anaknya menangis mencari ibunya...

disebabkan tak ada pengalaman menjaga anak kucing yang baru lahir tanpa ibu, kami hadapi masalah, tak tau nak jaga macam mana...
syukur alhamdulillah...dah 5 hari anak Mek Tot masih lagi hidup dan semoga dapat membesar dengan sihat..

**Mek Tot nie seekor kucing yang wani bela dan merupakan seekor kucing yang sangat manja, baik dan agak cerewet (makan ikan rebus + nasi putih ja)...

*
*
*
*
*
p/s: kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penjagaan anak kucing yang kematian ibunya boleh la kongsi sama2 yer... maklumat yang diberikan sangat dihargai...

Tuesday, January 10, 2012

^-^ Cabaran Terakhir ^-^

Assalamua'laikum
&
Haiii..

Diam tak diam malam nie dah last exam untuk semester nie,
esok pagi dah boleh balik umah. :D
hepi sebab habis exam agak awal
tapi........
yang tak hepi nya exam malam nie adalah exam yang paling susah
KP = Kaedah Penyelidikan = Killer Paper
huhuhu
harap2 boleh la jawab malam nanti..

bye
nak study plak

Tuesday, January 3, 2012

^-^ Selesai 3 Sudah ^-^

haiii

alhamdulillah...
syukur sangat sebab 3 paper exam untuk semester nie dah pun lepas,
tinggal 1 paper ja lagi pada 10 Januari nie
semoga Allah SWT mempermudahkan untuk wanie jawab paper tersebut,
paper yang bagi wanie paling susah semester nie
iaitu paper Kaedah Penyelidikan

kepada rakan2 yang masih banyak exam... 
selamat menjawab
&
good luck..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...