Renung-renungkan

Kita mampu/sanggup membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang kita mahukan walaupun harganya mahal tetapi kegunaan/manfaatnya tidak ada/tidak diperlukan...Namun kita tidak mampu/sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang sangat kita perlukan dan memberi manfaat kepada kita tatkala kita susah dan memerlukan... Ramai antara kita mengambil mudah mengenainya dengan pelbagai alasan, namun bila perkara sudah berlaku baru rasa rugi dan menyesal sedangkan pada masa tersebut segalanya telah terlambat...

Rakan-Rakan Ku

My Blog List

Saturday, March 2, 2013

Mrs.Erry 1st Giveaway

Setelah sekian lama tidak berblogging, maka disebabkan esok tak kerja, maka malam nie dengan rajinnya *rajin la sangat* Wanie berblogging semula.

Masa dok blogging tadi jumpa  entry GiveAway by Mrs Erry, apalagi, mesti la nak join kan... Jom join ramai-ramai kasi meriah lagi blog Mrs Erry...



Tarikh tutup GiveAway nie adalah pada 19 March 2013

Klik banner kat atas tu untuk syarat-syarat mudah yang ditetapkan dan pastinya untuk join sekali la kan...

Friday, March 1, 2013

Pandanglah Masa Depan


Kita mampu dan kita sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang kita mahukan. Kadang-kadang harganya sangat mahal macam kereta mewah, beg berjenama, kasut berjenama, baju berjenama, dan macam-macam lagi yang berjenama yang bagi kita puas bila dapat. Alasannya...kita nampak barang yang kita beli tu, orang lain pun nampak barang yang kita beli tu.

Tetapi...

Kita selalunya tidak mampu dan tidak sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk keperluan kita di masa depan yang kita sendiri tak tau apa yang akan berlaku. Kita nampak harga yang perlu kita bayar macam mahal, tapi kita tak pandangkan faedah dan manfaat yang akan kita dapat tatkala kesusahan menimpa diri kita...

Fikirlah....

Tatkala kita susah dan sangat memerlukan, bolehkah beg tangan berjenama, baju berjenama dan macam-macam lagi barangan yang berjenama membantu kita tanpa kita kehilangan barang tersebut **nak dapat duit mesti kita kena jual kan barang berjenama yang kita ada tu** Kalau sikit-sikit tu boleh la tampung keperluan kita tapi kalau duit yang diperlukan tu puluhan ribu, cukup ke dengan kita jual barangan berjenama yang kita miliki...???

Ramai dalam kalangan kita mengambil mudah tentang perkara-perkara begini kerana kita rasa tak akan ada perkara buruk yang akan berlaku pada diri kita, tak ada musibah yang akan menimpa kita...

Namun...

Kita hanya akan sedar bila musibah menimpa diri kita, kemalangan, sakit dan sebagainya. Pada masa itu baru kita rasa menyesal kerana kita membelanjakan wang yang kita ada ke arah yang tidak penting.

Pada masa tersebut, kita akan rasa menyesal tapi penyesalan itu sudah tidak ada gunanya lagi... Gunakanlah wang yang kita ada untuk perkara yang berfaedah kepada kita pada masa depan dan masa-masa yang tidak terduga oleh kita...

Bersamalah kita renungkan dan buatlah keputusan yang tepat demi masa depan yang berharga.


Tuesday, February 19, 2013

Aku Bukan Penganggur

Assalamua'laikum
&
Haaiiii

First of all...wani rasa Alhamdulillah sangat2 sebab status Wanie sekarang nie bukan lagi 'penanam anggur' sebab Wanie dah dapat KERJA

 Kerja tu pulak, tak jauh dari rumah Wanie, so tak payah la nak menyewa kan macam masa praktikal dulu. Makan pun yang mak masak, tak da la asyik nak beli ja kan...

Walaupun kerja nie tak ada kaitan dengan apa yang Wanie belajar masa kat Uni dulu, tapi Wanie happy dengan kerja nie.

Nie lah company yang wani kerja tu


Untuk permulaan sekarang nie, Wanie rasa so far so good dengan kerja nie, cabaran sebenar baru nampak sikit-sikit.
 
Yang penting Wanie suka dengan kerja nie dan harap sangat KERJA nie akan bertukar menjadi KERJAYA buat Wanie pada masa hadapan.
  

Wednesday, January 2, 2013

**UPDATE: Jadual Perlawanan Liga Perdana 2013 (KEDAH)

Jadual Terbaru perlawanan Liga Perdana Kedah selepas Rombakan Jadual oleh FAM berkuatkuasa 27 Disember 2012.

Pusingan Pertama
1. Uitm FC vs Kedah - Stadium Hang Tuah - 07/01/2013
2. Kedah vs Pos Malaysia - Stadium Darulaman - 11/01/2013
3. PDRM vs Kedah - Stadium Hang Jebat - 14/01/2013
4. Kedah vs Johor - Stadium Darulaman - 18/01/2013
5. Sabah vs Kedah - Stadium Likas - 21/01/2013
6. Kedah vs Perlis - Stadium Darulaman - 15/02/2013
7. KL SPA vs Kedah - Stadium Uitm - 18/02/2013
8. Kedah vs Sime Darby - Stadium Darulaman - 22/02/2013
9. NS Betaria vs Kedah - Stadium Hang Tuah - 01/03/2013
10. Kedah vs Kuala Lumpur - Stadium Darulaman - 08/03/2013
11. Sarawak vs Kedah - Stadium Negeri - 29/03/2013

Pusingan Kedua
1. Kedah vs Sarawak - Stadium Darulaman - 12/04/2013
2. Kedah vs Uitm FC - Stadium Darulaman - 19/04/2013
3. Pos Malaysia vs Kedah - Stadium Selayang - 26/04/2013
4. Kedah vs PDRM - Stadium Darulaman - 03/05/2013
5. Johor vs Kedah - Stadium Pasir Gudang - 06/05/2013
6. Kedah vs Sabah - Stadium Darulaman - 10/05/2013
7. Perlis vs Kedah - Stadium Utama - 13/05/2013
8. Kedah vs KL SPA - Stadium Darulaman - 17/05/2013
9. Sime Darby vs Kedah - Stadium Selayang - 21/06/2013
10. Kedah vs NS Betaria - Stadium Darulaman - 24/06/2013
11. KL vs Kedah - Stadium Cheras - 05/07/2013

Maaf atas sebarang kesulitan...


SUMBER: Facebook Hijaukuning.com

Sunday, December 30, 2012

Kesan Klorin dalam Air Paip

Assalamua'laikum
Hhhhaaaaiiiiii

Berdasarkan tajuk entry Wanie kali nie bukan lah merujuk kepada umum atau pun berdasarkan kajian yang telah dibuat tetapi apa yang terjadi kepada Wanie sendiri sahaja.

Kalau reader nak cakap yang Wanie berlagak sebab tak minum air paip pun Wanie tak kisah. Sebenarnya, bukan Wanie langsung rak minum air paip, cuma kalau boleh elak Wanie akan cuba elakkan. Bukan apa, kadang-kadang kandungan klorin air paip kuat sangat, sampai ada bau. Wanie meman tak tahan bau klorin dalam air paip tu.

Kalau Wanie cakap Wanie tak minum air paip tipu la kan...sebab kat kedai memang orang guna air paip, air kat pasar malam pun guna air paip jugak tambahan pulak sekarang ni kan musim kenduri, memang susah la nak jumpa air yang dimasak ataupun air tapis sebab diorang kan bancuh dalam kuantiti yang banyak, tak sempat dah nak tapis ataupun masak dulu.

Siang tadi (29/12/012) Wanie ada attend satu kenduri rumah kawan ayah Wanie kat Alor Setar. Sampai pulak time panas terik, memang dok nampak air sirap dia ja la tapi tak da la sampai minum berdiri kan. Lepas ambil makanan dan air sirap tu, duduk ja terus minum sebab dahaga sangat. Lepas minum ja air terus hilang selera nak makan, bau klorin dalam air tu kuat sangat. Sudah ja makan, minum jugak la baki air tu lepas makan, terus rasa sakit tekak. Lepas tu terus mintak tolong orang katering tu ambikkan air mineral botol, minum pun dok sakit jugak.

Malam nie pulak asyik bersin ja, tekak still sakit lagi. Tak selesa rasa dalam tekak. Hidung pun dah berair dan mata + pernafasan rasa panas ja. Macam nak demam ja...

Sebab tu la Wanie tak kisah kalau orang nak kata Wanie berlagak sebab kalau boleh tak nak minum air paip, bila minum jugak jadi macam ni la...

Untuk pengetahuan semua, family Wanie memang tak minum air paip, tpi minum air yang digali dalam bukit. Setiap 2 minggu sekali mak + ayah Wanie akan pi amik kat TUPAH. (Bukan air yang orang dok mandi tu tau)... Pasal air tupah nie Wanie akan buat satu entry lain nanti.

Saturday, December 29, 2012

Jadual Perlawanan Liga Perdana (Kedah) 2013

Jadual Terbaru perlawanan Liga Perdana Kedah selepas Rombakan Jadual oleh FAM berkuatkuasa 27 Disember 2012.

Pusingan Pertama
1. Uitm FC vs Kedah - Stadium Hang Jebat - 08/01/2013
2. Kedah vs Pos Malaysia - Stadium Darulaman - 11/01/2013
3. PDRM vs Kedah - Stadium Hang Jebat - 14/01/2013
4. Kedah vs Johor - Stadium Darulaman - 18/01/2013
5. Sabah vs Kedah - Stadium Likas - 21/01/2013
6. Kedah vs Perlis - Stadium Darulaman - 15/02/2013
7. KL SPA vs Kedah - Stadium Uitm - 18/02/2013
8. Kedah vs Sime Darby - Stadium Darulaman - 22/01/2013
9. NS Betaria vs Kedah - Stadium Hang Tuah - 01/03/2013
10. Kedah vs Kuala Lumpur - Stadium Darulaman - 08/03/2013
11. Sarawak vs Kedah - Stadium Negeri - 29/03/2013

Pusingan Kedua
1. Kedah vs Sarawak - Stadium Darulaman - 12/04/2013
2. Kedah vs Uitm FC - Stadium Darulaman - 19/04/2013
3. Pos Malaysia vs Kedah - Stadium Selayang - 26/04/2013
4. Kedah vs PDRM - Stadium Darulaman - 03/05/2013
5. Johor vs Kedah - Stadium Pasir Gudang - 06/05/2013
6. Kedah vs Sabah - Stadium Darulaman - 10/05/2013
7. Perlis vs Kedah - Stadium Utama - 13/05/2013
8. Kedah vs KL SPA - Stadium Darulaman - 17/05/2013
9. Sime Darby vs Kedah - Stadium Selayang - 21/06/2013
10. Kedah vs NS Betaria - Stadium Darulaman - 24/06/2013
11. KL vs Kedah - Stadium Cheras - 05/07/2012


SUMBER: Facebook Hijaukuning.com

Thursday, December 27, 2012

Laptop Rosak, Malas Update

Assalamua'laikum
Haaaaiiiii

dah lama kan wanie tak update blog nie
wani bukannya dah tak berminat nak berblogging,tapi sebab laptop kesayangan wani tu dah rosak.
Nak repair mahal sangat, nak beli baru duit belum ada, almaklumla....wanie ni belum kerja lagi, penanam anggur la katakan..

Laptop wanie dah lama dah rosak, dah la masa tu wani tengah dok rushing siapkan thesis, macam2 dugaan la masa tu, terpaksa la guna laptop yang ayah wanie dok guna...

dah hampir 6 bulan jugak la aptop wani tu rosak.

Bila guna netbook nie, wani dah jadi malas nak berblogging sebab agak slow kelajuan laptop nie, nak bukak apa pun lambat, screen pun kecik, BT pun tak boleh guna nak BT gambar.

tapi sebab sekarang nie wani dah jadi penanam anggur a.k.a. penganggur, tak tau nak buat apa, jadi boring pulak duduk kat umah ja, jadi nak aktif la balik berblogging...

InsyaAllah, wanie akan mula lawat blog-blog lain dalam masa yang terdekat nie...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...