Kita mampu dan kita sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang kita mahukan. Kadang-kadang harganya sangat mahal macam kereta mewah, beg berjenama, kasut berjenama, baju berjenama, dan macam-macam lagi yang berjenama yang bagi kita puas bila dapat. Alasannya...kita nampak barang yang kita beli tu, orang lain pun nampak barang yang kita beli tu.
Tetapi...
Kita selalunya tidak mampu dan tidak sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk keperluan kita di masa depan yang kita sendiri tak tau apa yang akan berlaku. Kita nampak harga yang perlu kita bayar macam mahal, tapi kita tak pandangkan faedah dan manfaat yang akan kita dapat tatkala kesusahan menimpa diri kita...
Fikirlah....
Tatkala kita susah dan sangat memerlukan, bolehkah beg tangan berjenama, baju berjenama dan macam-macam lagi barangan yang berjenama membantu kita tanpa kita kehilangan barang tersebut **nak dapat duit mesti kita kena jual kan barang berjenama yang kita ada tu** Kalau sikit-sikit tu boleh la tampung keperluan kita tapi kalau duit yang diperlukan tu puluhan ribu, cukup ke dengan kita jual barangan berjenama yang kita miliki...???
Ramai dalam kalangan kita mengambil mudah tentang perkara-perkara begini kerana kita rasa tak akan ada perkara buruk yang akan berlaku pada diri kita, tak ada musibah yang akan menimpa kita...
Namun...

Kita hanya akan sedar bila musibah menimpa diri kita, kemalangan, sakit dan sebagainya. Pada masa itu baru kita rasa menyesal kerana kita membelanjakan wang yang kita ada ke arah yang tidak penting.
Pada masa tersebut, kita akan rasa menyesal tapi penyesalan itu sudah tidak ada gunanya lagi... Gunakanlah wang yang kita ada untuk perkara yang berfaedah kepada kita pada masa depan dan masa-masa yang tidak terduga oleh kita...
Bersamalah kita renungkan dan buatlah keputusan yang tepat demi masa depan yang berharga.
No comments:
Post a Comment