Renung-renungkan

Kita mampu/sanggup membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang kita mahukan walaupun harganya mahal tetapi kegunaan/manfaatnya tidak ada/tidak diperlukan...Namun kita tidak mampu/sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang sangat kita perlukan dan memberi manfaat kepada kita tatkala kita susah dan memerlukan... Ramai antara kita mengambil mudah mengenainya dengan pelbagai alasan, namun bila perkara sudah berlaku baru rasa rugi dan menyesal sedangkan pada masa tersebut segalanya telah terlambat...

Rakan-Rakan Ku

My Blog List

Saturday, March 2, 2013

Yang susah lebih memerlukan sebenarnya

Pernahkah kita terfikir bahawasanya orang yang fikirkan dia susah dan tidak mampu sebenarnya lebih memerlukan simpanan dan perlindungan....?????

Tapi ramai dalam kalangan kita yang mengambil mudah mengenai perkara tersebut. Apabila orang lain menyatakan mengenai perlindungan dan simpanan, mereka akan menyatakan bahawa orang itu tidak memahami situasi mereka yang hanya "cukup makan". Tidak kurang juga ada yang sanggup memaki hamun orang yang memberitahu mengenai simpanan dan perlindungan seperti takaful ataupun insurans. Semuanya atas alasan tidak mampu untuk membayarnya.

Apabila sesuatu musibah menimpa, contohnya kemalangan, sakit kritikal, mahupun hilang upaya kekal, mereka pasti akan menjadi lebih susah pada masa tersebut kerana kos perubatan yang diperlukan tinggi dan mereka tiada simpanan langsung ataupun simpanan tidak mencukupi. Kita hanya mampu berharap ada pihak yang sanggup untuk membantu memberikan sumbangan kepada kita. Namun sampai bilakah kita nak mengharapkan belas ihsan dan bantuan orang lain...??? Pada masa itu, semuanya telah TERLAMBAT..!!!

Tetapi, jika mempunyai simpanan dan perlindungan seperti insurans atau takaful, pasti masalah ini tidak akan berlaku. Kos perubatan akan dibiayai oleh pengendali insurans atau takaful yang disertai. Kita tidak perlu memikirkan kos yang kadang-kala diluar jangkaan kita.

Walau bagaimanapun, kita biasanya hanya akan melihat wang perlu kita bayar itu sebagai sesuatu yang membebankan kita kerana pembayaran yang dibuat tidak menampakkan barang tetapi apabila kita menimpa musibah barulah kita sedar kepentingan perlindungan dan simpanan.

Berfirlah demi masa depan kita sendiri kerana apa yang berlaku pada masa depan kita adalah di luar jangkaan kita... Kita hanya merancang tetapi Allah yang akan menentukan segalanya.


Bak kata pepatah
*
*
*
***** SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN*****

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...