Renung-renungkan

Kita mampu/sanggup membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang kita mahukan walaupun harganya mahal tetapi kegunaan/manfaatnya tidak ada/tidak diperlukan...Namun kita tidak mampu/sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang sangat kita perlukan dan memberi manfaat kepada kita tatkala kita susah dan memerlukan... Ramai antara kita mengambil mudah mengenainya dengan pelbagai alasan, namun bila perkara sudah berlaku baru rasa rugi dan menyesal sedangkan pada masa tersebut segalanya telah terlambat...

Rakan-Rakan Ku

My Blog List

Sunday, March 31, 2013

Perunding Takaful di Kedah/P. Pinang

Entry nie berbentuk iklan sikit yerrr...


Kepada sesiapa yang inginkan maklumat lanjut mengenai PruBSN Takaful di sekitar Sungai Petani dan kawasan sekitarnya, bolehlah hubungi Wanie (019-5411306). Terdapat pelbagai pakej yang disediakan.
Wanie akan update plan-plan yang disediakan oleh PruBSN Takaful dalam entry2 yang berikutnya.
Antaranya ialah
  1. PruBSN SmartLink
  2. PruBSN Link Series
  3. PruBSN Takaful Health2
  4. PruBSN Ummah
  5. dan lain-lain lagi....

Thursday, March 14, 2013

#1 - Weekly GA By Sharina

Jom ramai-ramai join
.
.
.
Segmen baru daripada Sha

Klik banner kat bawah untuk join k

 

  

Segmen Lucky March

Jom ramai-ramai kita join
.
.
Segmen baru daripada Pelengkap Rusuk Kiri

Klik banner kat bawah untuk join


Tarikh tutup: 18/3/2013 jam 11:59pm

Wednesday, March 13, 2013

1 Akaun 3 Fungsi Utama

Dengan hanya 1 akaun kita boleh dapat macam-macam manfaat

1. Gantian Pendapatan
    * Kematian
    * Hilang Upaya Kekal
    * Tabung Kecemasan Rawatan Penyakit Kritikal
        1 daripada 36 penyakit kritikal
     * Wang ehsan

2. Pelaburan dan Simpanan
    * Tabung persaraan kedua
    * Tabung pendidikan anak
    * Boleh dikeluarkan bila perlu
    * POLISI PERCUMA
       sekiranya menghidap penyakit kritikal
    * Jaminan penambahan simpanan (Auto-Saving)

3. Tabung Kecemasan
    * Medical Card
    * Takaful Puteri (Wanita)
    * Takaful Puteri Plus
    * ELAUN
       Elaun hospital
    * Elaun MC
    * Elaun Tahunan hilang upaya
    * Elaun Tahunan penyakit kritikal
    * Tambahan gantian pendapatan sekiranya kemalangan
    * Tuntutan rawatan kemalangan
    * dan banyak lagi


Sunday, March 10, 2013

Pilihan di Tangan Kita

Assaamua'laikum

Haaiiii

***Entry tak ada kaitan dengan musim pilihanraya sekarang nie yerr***

Pilihan di tangan kita yang wanie maksudkan ialah pilihan kita untuk masa depan kita, untuk hidup senang atau pun susah.

Kita selalu tengok yang kaya akan bertambah kaya dan yang susah akan bertambah susah. Untuk jadi senang atau susah pada masa depan sebenarnya terletak pada tangan kita sekarang, keputusan yang kita buat sekarang untuk masa depan kita.

Bak kata pepatah,
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Tapi,
dah jadi resam orang kita tak mau susah, nak senang ja...

So, itulah yang dikatakan pilihan di tangan kita, kita yang memilih untuk jadi susah atau senang.    

Monday, March 4, 2013

Cerahkah Masa Depan Kita.???

Tak siapa pun yang tahu apa yang akan berlaku pada diri kita mahupun orang yang berada disekeliling kita pada esok hari dan masa depan... 
Kalau kebahagiaan yang kita kecapi, Alhamdulillah...tapi kalau musibah yang menimpa kita, apakah kita sudah bersedia...???
Kita wajib percaya pada Qada dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah utk kita tetapi Allah tidak pernah melarang kita untuk membuat persediaan untuk masa depan kita...

Saturday, March 2, 2013

Yang susah lebih memerlukan sebenarnya

Pernahkah kita terfikir bahawasanya orang yang fikirkan dia susah dan tidak mampu sebenarnya lebih memerlukan simpanan dan perlindungan....?????

Tapi ramai dalam kalangan kita yang mengambil mudah mengenai perkara tersebut. Apabila orang lain menyatakan mengenai perlindungan dan simpanan, mereka akan menyatakan bahawa orang itu tidak memahami situasi mereka yang hanya "cukup makan". Tidak kurang juga ada yang sanggup memaki hamun orang yang memberitahu mengenai simpanan dan perlindungan seperti takaful ataupun insurans. Semuanya atas alasan tidak mampu untuk membayarnya.

Apabila sesuatu musibah menimpa, contohnya kemalangan, sakit kritikal, mahupun hilang upaya kekal, mereka pasti akan menjadi lebih susah pada masa tersebut kerana kos perubatan yang diperlukan tinggi dan mereka tiada simpanan langsung ataupun simpanan tidak mencukupi. Kita hanya mampu berharap ada pihak yang sanggup untuk membantu memberikan sumbangan kepada kita. Namun sampai bilakah kita nak mengharapkan belas ihsan dan bantuan orang lain...??? Pada masa itu, semuanya telah TERLAMBAT..!!!

Tetapi, jika mempunyai simpanan dan perlindungan seperti insurans atau takaful, pasti masalah ini tidak akan berlaku. Kos perubatan akan dibiayai oleh pengendali insurans atau takaful yang disertai. Kita tidak perlu memikirkan kos yang kadang-kala diluar jangkaan kita.

Walau bagaimanapun, kita biasanya hanya akan melihat wang perlu kita bayar itu sebagai sesuatu yang membebankan kita kerana pembayaran yang dibuat tidak menampakkan barang tetapi apabila kita menimpa musibah barulah kita sedar kepentingan perlindungan dan simpanan.

Berfirlah demi masa depan kita sendiri kerana apa yang berlaku pada masa depan kita adalah di luar jangkaan kita... Kita hanya merancang tetapi Allah yang akan menentukan segalanya.


Bak kata pepatah
*
*
*
***** SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN*****

Dah 2 Tahun Rupanya

Hye...

sekian lama menyepi, tiba-tiba ja kan malam nie banyak pulak entry yang wanie buat.

Sebenarnya Wanie ja perasan tadi yang dah 2 tahun rupanya Wanie dengan blog nie, tapi yang sedihnya blog nie macam baru 2 bulan ja kan..

Huhuhu...Wanie tau Wanie yang salah sebab jarang buat entry dan jarang dapat berblogging ke blog rakan-rakan yang lain. Maka sebab tu la blog nie walau pun dah 2 tahun tapi macam baru 2 bulan.

Wanie bukan malas nak berblogging sebenarnya tapi banyak blog yang dalam bloglist Wanie yang dah tak aktif, nak berblogging pun jadi tak best dah.

So, to you all yang nak Wanie lawat dan follow blog korang, just tinggalkan link blog korang kat bawah kay... Wanie akan ke blog tu secepat yang boleh... :)

Mrs.Erry 1st Giveaway

Setelah sekian lama tidak berblogging, maka disebabkan esok tak kerja, maka malam nie dengan rajinnya *rajin la sangat* Wanie berblogging semula.

Masa dok blogging tadi jumpa  entry GiveAway by Mrs Erry, apalagi, mesti la nak join kan... Jom join ramai-ramai kasi meriah lagi blog Mrs Erry...



Tarikh tutup GiveAway nie adalah pada 19 March 2013

Klik banner kat atas tu untuk syarat-syarat mudah yang ditetapkan dan pastinya untuk join sekali la kan...

Friday, March 1, 2013

Pandanglah Masa Depan


Kita mampu dan kita sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk sesuatu yang kita mahukan. Kadang-kadang harganya sangat mahal macam kereta mewah, beg berjenama, kasut berjenama, baju berjenama, dan macam-macam lagi yang berjenama yang bagi kita puas bila dapat. Alasannya...kita nampak barang yang kita beli tu, orang lain pun nampak barang yang kita beli tu.

Tetapi...

Kita selalunya tidak mampu dan tidak sanggup untuk membelanjakan duit kita untuk keperluan kita di masa depan yang kita sendiri tak tau apa yang akan berlaku. Kita nampak harga yang perlu kita bayar macam mahal, tapi kita tak pandangkan faedah dan manfaat yang akan kita dapat tatkala kesusahan menimpa diri kita...

Fikirlah....

Tatkala kita susah dan sangat memerlukan, bolehkah beg tangan berjenama, baju berjenama dan macam-macam lagi barangan yang berjenama membantu kita tanpa kita kehilangan barang tersebut **nak dapat duit mesti kita kena jual kan barang berjenama yang kita ada tu** Kalau sikit-sikit tu boleh la tampung keperluan kita tapi kalau duit yang diperlukan tu puluhan ribu, cukup ke dengan kita jual barangan berjenama yang kita miliki...???

Ramai dalam kalangan kita mengambil mudah tentang perkara-perkara begini kerana kita rasa tak akan ada perkara buruk yang akan berlaku pada diri kita, tak ada musibah yang akan menimpa kita...

Namun...

Kita hanya akan sedar bila musibah menimpa diri kita, kemalangan, sakit dan sebagainya. Pada masa itu baru kita rasa menyesal kerana kita membelanjakan wang yang kita ada ke arah yang tidak penting.

Pada masa tersebut, kita akan rasa menyesal tapi penyesalan itu sudah tidak ada gunanya lagi... Gunakanlah wang yang kita ada untuk perkara yang berfaedah kepada kita pada masa depan dan masa-masa yang tidak terduga oleh kita...

Bersamalah kita renungkan dan buatlah keputusan yang tepat demi masa depan yang berharga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...